Yik ?

Hari ahad adalah hari untuk kita membalas apa yang terpendam. Akibat tidak tidur walaupun dah sampai ke rumah selepas majlis berbuka puasa semalam , boleh pulak aku layan video tutorial untuk drupal dan juga membuat blog entri yang sebelum ini.

Selepas sahur di pagi ahad .. aku masih belum tido ..pukul 10 baru rasa berdenyut – denyut kepala hotak aku jadi aku pon melelapkan mata pada tengaharinya . Bangun jerk alam keliling aku gelap gelita. Dah pukul 8 malam rupanya. Dasar burung hantu betul ! (Adik – adik , jangan ikut apa yang abang ini buat. Tidur berlebihan di waktu siang bulan ramadhan boleh makruh dan some say puasa anda batal .. i’m not sure siapa yang cakap benda nie )

Aku bergegas ke laptop dahulu (bukan nak pergi carik air untuk berbuka dulu ) .. ramai yang tegur kt YM dan tidak berbalas .. aku pun secara pantas membalas sambil mengorek hidung (kira dah bukak la kan puasa aku tuh) .. check email dan juga blog aku. Aku sungguh terkejut melihat traffic yang datang tidak semena – mena dari blog Noktah Hitam . Woot !

Selepas berbuka membaham Spagheti yang dikukus masak oleh ibu ku , aku sambung membuang masa di hadapan komputer .

Di waktu pagi – pagi buta , Cik Azhani atau lebih cun nya dikenali sebagai Aniely menegurku tentang suatu perkara. Dia berasa sangat down (sila lihat entri dia) dan sangat kosong dan tertekan akibat kerja yang harus di submit keesokan harinya. Ada ke patot dia mintak aku check kan report yang dia kena buat . Agak jenuh la membaca 17++ page sambil memberi komen yang tidak bernas. Abis la awak .. Memang silap besar la awak mintak tolong kat saya yang dapat B3 dalam matapelajaran BM masa SPM dulu .. hik hik ..

Tolong punya tolong .. perkataan “yik” sering terkeluar di skrin ym aku dan dia. Sampai aku suruh dia berhenti cakap “yik” sebab macam ayat itu boleh membuatkan aku rasa terfikir sesuatu yang gross giler ..

Akhirnya .. pada pukul 6 pagi (ketika blog ini ditulis) , dia memberitahu bahawa dia sudah pon hampir menyiapkan kerjanya.Kepada Cik aniely , semoga berjaya dan sukses dalam presentation anda nanti yer ..

Dan tinggallah aku seorang diri mengemas – ngemas untuk bertolak ke melaka lima minit lagi . Doakan aku selamat sampai . Kelas aku hari ini bermula pada pukul 9 subject Software Engineering yang di ajar oleh Pn Massila.

Kepada lelaki di luar sana .. sila jangan ganggu Cik Aniely sebab … dia gf aku

HAHA .. kena tipu .. terima kasih extremist thinker kerana method anda mengenakan pelawat blog anda sangat sempoi.

Berbuka puasa dengan Negaraku.net

Negaraku.net merupakan malaysian social bookmarking site ala – ala Digg . Dan semalam merupakan hari aku bertemu dengan ahli – ahli mereka yang merupakan para blogger yang tegar .

Exam pagi itu merupakan paper FST – Falsafah Sains Teknologi .. ye .. aku goreng habis – habisan .. paper macam sejarah jerk kot . Pukul 12 lebih aku bertolak dari Melaka untuk balik ke Klang seperti biasa yang aku lakukan every week.

Biler dah sampai rumah aku sangat flat . Maklumlah .. stadi last minute dan tidak tidur dicampur dengan skill rempit aku .. aku PENAT !

Dalam petang sikit pukul 3 lebih Ecah menemani aku di Yahoo Messenger. Tetibe jerk dia bagi url pasal majlis berbuka puasa. Frankly speaking aku agak jarang masuk Negaraku.net . Mane tau penglibatan aku dalam majlis tersebut akan membuka minda aku sebesar – besarnya.

Dengan berbekalkan google map yang diprovidekan di blog Noktah Hitam dan hasil temubual dgn bapak aku .. kul 6 aku bertolak setelah mendapat cnfirmation dari Life4hire .. Terima kasih kepada Google map dan Wikimapia .. aku sesat . LOL .. aku x jumpe cara nak pergi ke Restoran Nara . dah la tetibe sial plak melanda aku masuk highway Penchala Link .. sengal itik btol .. Sampai ke NILAM aku patah balik dan berjumpa semula federal highway .. heh ..

Apa pon terima kasih kepada seorang budak yang x puasa tgh minum air tepi jalan memberi direction .. lepas tuh Life4hire amek aku .. padahal tmpt aku sesat ngan kedai tuh x smpai 100 meter . LOL

Apa – apa pon .. makanan di sana sgt seronok .. AYAM golek2x . bercampur dengan topik – topik hangat dan ada unsur – unsur lucah .. haha .. X nyesal woo dtg dari jauh semata – mata nk berjumpa diorang ni suma .

Kepada yang tidak dapat datang .. jangan jeles .. kepada ecah .. thanks sbb bagitau aku pasal hal nie last minute .. chet ..

Pengajaran : Akibat seseorang itu meninggalkan no telefon di facebook beliau , baru aku mampu datang ke event nie . Jadi , sila jangan isi no telefon di facebook jika anda tidak suka distalker oleh ecah . ahahaha ..

Senarai Manusia yang hadir

Noktah Hitam

Life4hire

Ringgit Tune

Sembang Komputer

Callister

Aeropama

Tidak lupe juga tuan empunya blog ini oDiN

Pengaruh Chika – Nurulism.com

Entry aku kali ini berkaitan dengan seorang wanita yang comel dan cantik di mata pandangan aku .

Aku mengenali akak chika beberapa bulan yang lepas ketika aku dalam keadaan emosi yang tidak terhingga. Dengan mengusha dan mencari nama dia .. baru aku tahu .. nama dia agak unik dan x ramai orang yang mempunyai nama dengan dia. akhirnya , terjumpalah makhluk yang bernama Chika Chika ini.

Iye.. akak ni comey .. sungguh comey .. macam si dia. Tapi dah bertunang kot dan insya allah akan melangsungkan perkahwinan dengan MR Fiancee nye tidak lama lagik. Aku agak obses membaca blog chika kerana naluri aku yang makin gersang ingin berumah tangga menyebabkan aku tersipu – sipu malu x tentu pasal membaca blog akak chika nie.

Xde keje kan carik kt frenster nama ex korang dan terjumpa perempuan lain yang mewarisi kecomelan tersebut. Kan aku dah cakap .. tyme tuh aku agak emo ..

Pendek kata .. entry ini hanya ingin mempromote akak chika comey ini . Blog lama beliau adalah nuruloveme.blogspot.com dan kini sudah mempunyai domain name sendiri iaitu nurulism.com.

Jika anda gersang seperti saya .. sila lah masuk ke laman web beliau .. anda pasti akan menjadi semakin sangap untuk berkahwin ..

si dia refers to my ex .. sebab nama akak Chika dan nama dia adalah sama .. sigh ..

p/s : ape lagik kak chika .. meh promote blog saye plak .. hik hik .

Masalah dalam mengejar cita cita

Dear whoever you are ..

Saya mempunyai masalah .. 

Seperti yang diketahui saya ingin menjadi seorang programmer yang berjaya di Malaysia .. saya tidak ada masalah dalam membuat perancangan .. BUT

i do have some problems on executing them .. 

such as ..

my new blog design 

Since I have problem with the color .. yeah .. saye agak buta design dan buta warna .. so masih on hold project itu

tidak reti mengejar sesuatu 

Saya kejar banyak benda .. sepatutnya focus on one thing . jangan jadi seperti kata pujangga “Yang dikejar tidak dapat .. Yang dikendong berciciran” ..

Saya ada taskfreak dan Remember the milk untuk uruskan my GTD (getting things done) list and yet aku x reti nak laksanakan ape yang aku dah rancang ..

Therefore

I need some coffee .. dan sedikit sumber inspirasi

p/s: post ini ditulis setelah melihat cerita gossip girl dan gagal untuk mengembalikan mood utk produce something good and energy .. therefore .. i stick to coffee ..

Hassan Bakar dot com

Dengan keadaan yang tergesa – gesa , aku mengumumkan bahawa aku sudah membeli domain name  + hosting dari onebytes.com.my dengan harga sebanyak Rm50 .. 

Apa saya dapat ?

Space 500Mb dan unmetered bandwidth ( which is agak kureng ). Kenapa aku beli package ini ? sebab nak free domain name dan access kepada cpanel yang mempunyai unlimited db , ftp dan subdomain. Yang lain aku x berapa nak kisah sgt.

Kenapa perlu ada hosting ini ? Apa jadi dengan blog anda di Flavert ?

Blog aku disini (iaitu odin.flavert.com) masih diteruskan sebab aku x mampu nak beli hosting sendiri di exabytes / ipserverone / serverfreak. Hosting yang flavert gunakan adalah ipserverone. Sangat laju dan terbukti semasa beberapa orang cuba mendownload sesuatu dari server flavert selepas event Barcamp.

Sebab nak ada hosting ini kerana jika ada project freelance , dan client ingin melihat hasil kerja aku , bolehlah mereka melihat di domain hassanbakar.com . Mudah bukan ? AKu juga tidak kedekut untuk memberi ftp account kepada sahabat aku.

Ada apa pada nama ?

hassanbakar.com adalah hasil dari nama aku sendiri iaitu Hassan Abu Bakar. Kenapa tidak oDiN ? odin hanyalah nickname . dan aku sudah buntu mencari nama yang sesuai seperti odinhassan.com dan sebagainya .. bagi aku biarlah aku berbangga dengan nama aku sendiri hasil pemberian orang tua aku . Kata orang , nama ayah kita akan sentiasa di bawa ke mana-mana.

Akhir kata

Sila bookmark hassanbakar.com sekarang juga !

:)