Java Stream Ends

Standard

Dengan ini aku ingin umumkan bahawa Java Stream sudah habis ..

Aku akan kembali dengan PHP untuk beberapa waktu .

Terima kasih kepada sponsor MDEC , UTeM FTMK .. kepada pengasas Java Stream Abang Chang , tenaga pengajar lain yang sudi mengajar dan x lupe jugak rakan seperjuangan .

Aku dah makin berubah selepas kelas Java Stream terima kasih kepada Ommar dan Apis yang ske membuat aku gelak ketawa x kering gusi dan x juga lupe kepada JAVA itself yang mempunyai kekuatan memberi aku gastrik yang teramat pedih sehingga hari ini . 

Apa saya belajar dari Java Stream ?

  • Java sangat penting !
  • Java sangat seronok sehingga menjilat jari
  • Short course / fast track takkan dapat bagi pemahaman sepenuhnya . Well practice do ! Lepas nie kena la praktis coding JAVA  untuk faham better . 
  • Keyakinan aku untuk develop apps untuk Android akan bertambah .. 
  • Baru aku tahu kenapa masih ada orang yang guna Java untuk develop web (JSP) sedangkan dah ada PHP dan ASP . 
  • Meramaikan kawan dan sahabat handai .
  • Belajar lawak lucah dari Ommar dan Apis . Diorang memang sangat sengal ..
  • awek robot .. nget .. nget .. [sila jangan tanya apakah dan siapakah]
  • dan lastly … saper kata budak diploma yang xder basic JAVA xleyh join JAVA Stream ? hohoho [bangga kejap]

Akhir kata .. thanks semua ..

duit RM 50 (duit menang VIP PHP Programming Contest)  + duit air , api extra + cuti sem sebulan setengah  = JAVA .. muahahha .. 

it just a small price to pay for my career development .

 

footnote : Spring , Hibernate and Struts everyone ? 🙂

Nasib Malang Kupon Java Stream

Standard

Selepas habis kelas Java Stream pada hari jumaat , aku terus membalas dendam kesumat waktu tidurku. Tidur .. dan bangun pukul 9 .. makan kt naiman dan tidur semula . Pukul 3 pagi aku bertolak ke klang dan sampai pukul 5 pagi .

Aku merempit bagai nak mati akibat kesejukan pada waktu pagi yang melampau . Lagi cepat sampai ke rumah lagi bagus sebab jacket ku tak dapat menghalang kesejukan di waktu pagi ditambah dengan angin yang aku harungi selaju RM130 KM/H . ( Meter motor Yamaha LC tipu .. )

Sampai jer kat rumah kelihatan adik ku hussein yang masih belum tidur . Sibuk dengan PSP dan PS2 nya . Terus aku bukak laptop dan membuat apa – apa yang patut seperti mencuci mata melihat gambar gadis comel di social site .

Pukul 6 bertolak ke KLIA untuk menghantar kedua orang tua ku kerana mereka akan pergi ke Medan . Bukan medan pertempuran tapi Medan di Indonesia bersama dengan ayah bonda Ammar untuk berjalan – jalan membuang duit + shopping dan berjumpa dengan Pak Long ku di sana . Sebelum bertolak aku campak sumer baju kotor ku di washing machine . Dengan harapan aku akan sidai bila balik nanti .

Bila nak balik rumah dari KLIA .. terjumpa kemalangan kecil melibatkan motosikal . Sempat jugak lah daku snap gambar sambil drive .

Eksiden motor di Jalan Kebun

Eksiden motor di Jalan Kebun

Sesampai jer kat rumah aku terus nak sidai baju sebab aku nak balas dendam nak tido sebab muka dah sangap . Masa aku angkat sumer baju dari washing machine , i noticed sumer baju hitam aku jadik kaler hijau . WTF ?

Lab Coat FTMK and Java Stream Coupon blends together

Lab Coat FTMK and Java Stream Coupon blends together

Malangnya nasib ku . There goes my free lunch for 20 days .

p/s : Thanks to Chang sebab offer coupon baru .. huhu ..

UTeM Java Stream Day 1 – Day 6

Standard

Anda boleh lupakan lagu DugaanNya versi Java Stream sebab saya nak bercerita sedikit pengalaman Java Stream dan dugaan – dugaan yang saya hadapi.

Day 1

Opening keynotes / speech by naib dekan Dr Razak

X lupa juga dengan beberapa video yang ditunjukkan oleh beliau untuk menaikkan semangat para peserta.

Day 1 banyak cover all the basics of Java . Preparation yang aku buat semasa final exam sangat berbaloi . Orang lain study final exam tapi aku study benda lain.

Najwan membuka tirai Java Stream dengan memberi lecture chapter 1 . Biasanya setiap hari akan ada kuliah / lecture session sambil dirakam oleh staf FTMK untuk rujukan . Break sebentar pukul 10 untuk minum pagi dan sambung lagi lecture . Selepas habis lecture , baru student diberi peluang untuk menjawab kesemua assignment yang diberikan samapi pukul 5 petang.

Assignment yang diberikan banyak giler nak mampus bertimbun – timbun sampai x nampak hujung dan pangkal ( okay .. I’m being exaggarated here .. hehe ) tapi latihan yang diberi membuatkan aku lebih fluent dalam JAVA .

Thanks kepada method belajar ala – ala spartan  .. kemudian hanya menggunakan textpad ( no IDE is allowed such as Eclipse , Netbean ) untuk menulis code . Bagi aku ini jer cara untuk betul – betul nak bagi absord dalam kepala hotak coding JAVA tanpa rely dengan IDE. Aku rindukan feature ctrl – space di Eclipse . huhu

Day 2

Makin banyak assignment yang guna API dan aku sangat – sangat hadapi masalah dalam membaca API sebab tak tahu nak mula dari mana nak baca . Masa aku baca API untuk modxcms dan juga CodeIgniter , I just need some time untuk biasakan lagipun documentation mereka memang marvellous tapi layout JAVA API sagak konfius pada mulanya . Tanpa give up dan membuat muka tebal , aku tanya senior – senior kat situ (dah aku sorang paling mude kat situ .. hehe .. ) . Thanks to Ommar dan Chang yang melayan kerenah aku menjawab pertanyaan sepesti seseorang yang sesat di kepulauan JAWA .

Oh ya .. JAVA kuat tipu .. kalau nak buat something especially dalam berkaitan dengan array dalam C++ , macam – macam kena consider tapi baru aku tahu JAVA ada Vector dalam java.util menyebabkan kesenangan terlampau kalau nak handle array , arraylist . Sigh ..

Day 3

Dewan cyber makin sejuk . Rutin biasa aku selepas habis Java Stream aku akan tidur terus lepas sampai rumah . Bangun – bangun jer dah pukul 9 – 11 malam . Baru reti nak makan malam sumer . Assignment day 3 adalah yang paling banyak . Banyak sangat yang perlu disalin lepas tu solve sendiri . Terpaksa meniru orang sebelah kalau sangkut sebab x nak ketinggalan . I can’t afford to lose sebab susah nak catch up kalau x ikut rentak sama – sama .

Luckily pada hari ke 4 Chang cakap x yah hantar . haha .. tapi .. sedihnya .. aku demam dan selsema akibat kesejukan melampau di dewan cyber

Day 4

Belajar buat GUI guna swing . Sangat seronok !!! Kalo tak , asyik – asyik nampak screen hitam jerk .. Teringat masa Pn Zahriah Sahri ajar MFC ( Microsoft Foundation Class) iaitu guna C++ buat interface macam VB .

Kedengaran batuk dan orang selsema .. nampaknya bukan aku sorang yang sakit . Hampir ramai peserta Java Stream menghidap penyakit demam dan selsema JAVA . Lepas itu masa yang dinantikan dah tiba iaitu project bagi java basic . Kena buat locker system . Harap – harap dapat siapkan pada masa yang ditetapkan . Masa yang diberi adalah 36 jam . 🙂

Day 5

Seharian membuat project JAVA .. akhirnya Chang merupakan penilai kumpulan aku yang bertuah . Banyak giler flaw . Macam biasa , setiap komen dan kritikan dan kutukan akan dijadikan iktibar untuk improvekan diri .

Bila close app mesti ada notification . ( x sempat nak buat )

Dan bila do some operation make sure auto save bila close application ( x terfikir )

and lastly .. i make the biggest mistake ever ..

masa praktikal di dibase .. i dah buat mistake tuh .. tapi x sangka i repeat balik .

I DONT READ THE F**ING INSTRUCTION !!!!!

Buat project ikut kump lain . Kump lain tanya dah x buat function x , y and z .. so cakap la blom buat pastu baru nak buat ..

Btw .. apa yang ditunjukkan di GUI x semestinya sama apa yang dia nak . therefore … kena la selalu rajin bertanyakan soalan dan kaji balik every requirement.

If fail to understand and fulfill the ACTUAL requirement and objective .. it’s a failure ..

Day 6 – JAVA DB

How the Fxxking hell JAVA DB doesn’t have truncate feature ? Do i need to drop and insert back the table stucture over again ?

Akibat dah biasa guna GUI / phpmyAdmin .. skill menulis sql dalam command prompt sangat sengal . heh .

Gonna update again ..

Jika anda berumur 12 tahun ke bawah .. please change the F word with ‘fishing’or something else . That F word is not supposed to be speak loudly like this cartoon from South Park – Uncle Fxxker

Dugaan Java Stream

Standard

Jika anda bukan raingers ( peminat kugiran Hujan ) , sila dengar lagu Hujan – DugaanNya di tape saya . Jika anda pernah dengar lagu tersebut teruskan menyanyi yer mengikut lirik di bawah .. Java Stream version.

Bapanya mahukannya jadi seorang pengaturcara ,
Memang cita-citanya,
Memang impiannya.

Dia terlalu muda tuk belajar JAVA,
Bila tiba masanya,
Ghairah mula terasa.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu oDiN bertahan,
Mampukah oDiN bertahan ?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah oDiN,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi dia saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah oDiN,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi dia saja tahu.

Beginikah selalunya buat JAVA,
Diakhiri sengsara,
Setelah dituliskan koding semua.

Cuba oDiN dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang oDiN jumpa,
Semuanya sama.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu oDiN bertahan,
Mampukah oDiN bertahan ?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah oDiN,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi dia saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah oDiN,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi dia saja tahu.

Ini semua dugaan JAVA Stream

Dengan ini saya akan mula menjalani latihan Java Stream ( mengikut silibus Infosys ) . Maklumat lanjut boleh lihat di blog tenaga pengajarnya which is pelajar – pelajar yang membuat master di UTeM dan juga golongan terpilih dari beberapa orang dari seluruh IPTA yang menjalani latihan di Infosys mysore India iaitu Chang dan Najwan .

Nak tahu keadaan saya ? Jika connection internet di UTeM tidak lembab seperti siput .. saya akan rajin – rajinkan diri mengupdatekan status saya di twitter. Jangan lupa untuk ikuti perkembangan saya.

Kepada ” bini  yang ku cintai ” .. abang pergi berjuang di medan perang untuk masa depan abang . Demi sekeping kertas yang membuatkan skill abang menjadi l33t programmer . Abang akan menemani sayang ketika kursus ini habis  dan bermain – main dengan sayang lagi ye ketika sem baru bermula .

Wish me luck people .

p/s : Bini == php programming , codeigniter . Xnak bagi orang salah paham kalo x tulis . Aku single lagi woi !

Java Stream Course

Standard

Thanks to En Sanusi .. I might join the Java Stream Course .. oh ya . saya sgt excited bangat !

Since 3P tidak lagi offer scjp untuk UTeM akibat candidate yang sebelum ini hanya dua org jerk yang lepas .. aku sudah agak give up dengan JAVA .. tapi disebabkan ada course ini .. minat aku pada JAVA dan Android tidak akan mati begitu sahaja ..

Course ini akan diadakan betul – betul selepas habis final exam .. which mean aku balik bercuti .. dan selama dua bulan aku akan berhempas pulas datang ke special course ini ..

Kepada abang – abang senior .. sila beri tunjuk ajar .. aku seorang yang NOOB dan masih seorang pelajar diploma .. since aku sorang jerk pelajar diploma yang attend course ini ..

Kepada ex-senior aku Sapri .. dia la one of the student yang dpt scjp dan sekarang walaupon dier course BITC , dier masih meneruskan kerjayanya dengan mobile programming j2Me .. so aku harap aku bleyh dpt tunjuk ajar dari dia via YM .

jadi .. sama – samalah doakan aku berjaya lulus dengan cemerlang .. nafsu serakah aku terhadap android akan diteruskan ..

p/s: masih menanti HTC Dream yang dijangka keluar next month .. iphone boleh pergi mati .. 😛