Dis week ..

Standard

Lotz of things happening dis week ..
Still bz ngan activity yg berkenaan ngan skool . huhu ..

Hari Rabu lepas ( i think .. ) aku ngan vinod gi makan KFC bersama ngan Nabeelah ngan Cikgu Sharifah Nooraziati .

Dier blunjer kitaorang psl dpt johan aritue..huhu ..
Aku belasah 3 ketul ayam..selamat si vinod vegetarian..hehe..dpt la aku bedal byk 2x ..

Accident Skuter .
Yup .. ada budak langgar aku..bukan aku langgar org yer ..
Dier gi langgar aku pastue wat tatau jerk..terus blah .. tyme tue aku gi semayang jumaat .. Dan budak tue darhla budak kecik pas2 naik 3 orang plak tue..Cheh..

Bukan nk kasik signal mintak maaf ker, apa ker..selamat aku kenal budak tue..dan aku gi lar jumpa parent nyer ..

the conslusion ? x yah ar cakap ..

Erm ..
hari jumaat mlm tue plak ..
Ada jamuan utk hari pengetua yg bersara ..
Hanya dijemput kepada femly guru2x dan kakitangan ajerk ..
Disebabkan aku nie anak cikgu , aku pon menebalkan muka dtg dengan satu tugas..
AMIK GAMBAR pakai videocam ..
Actually dis is the 1st tyme aku pegang videocam..
Rasa cam menggelabah gak ..
[Ala..aku nie cam x pernah gelabah plak..hehe..Tau xper ..]
Herm ..
Yg hebatnya .. aku dapat control ngan baik tanpa pertolongan orang..hehe
Mekasih !!

Cikgu yg blunjer aku kfc tue pon puji aku..
Dier kter ar .. ” ala..org IT , mesti lar cepat tangkap nk pakai benda2x cenggini..”
Suaminya adalah Cikgu yg ajar aku IT gak..[Cikgu Zul]

Herm . apa lagik yerk ?
Oh yeah ..
aku ada jumpa si Ziera ngan Ayu semlm..Siap amik gambar lagik..Nnt la aku tunjuk yerk ..pc aku gi hantar repair ..
Mcm2x la kitaorang borak .. ala. psl ehem2x jerk .. hehe ..
Mekasih bebanyak kart kowrank yg menjadi org utusan aku .. NK aku blunjer air karet susu lagik ?

Tapi tyme aku minum ngan diorang aritue , air dier x sedap sgt psl karet dier byk sgt dan susu dier sikit..Walaupun that is the 2nd tyme aku minum karet susu , tapi aku darh pandai komen-mengomen nie.. Hik Hik Hik ..

Hopefully , diorang dua bring more suprises to me ..
Hopefully lar ..
MEKASIH !!!
Arigatou !!!

Aku menang .. wohoo !!

Standard

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat larh aku memenangi Pertandingan Modul Matematik yang dianjurkan di SMK Shah Bandaraya .
HUHU ..
dan keputusannya ..
Aku ngan Vinod dari SMK Sri Andalas mendapat johan .. hehe
poyo jerk …
Memang x xpect gler ar ..
no.2 aku x ingat sgt dan no.3 adalah KISAS (Kolej Islam )

Psl Pertandingan Kerjaya plak ..
Sekolah aku kalah dan mendapat tempat ke-4 .
Cheh .
Sikit lagik ..
Bukan main susah aku buat buah tembikai tue tp dier hanya jeling2x jerk kart benda tue ..
Sabo jerkla ..
Anyway , aku bersyukur ..
dan aku dapat byk gler pengalaman pahit ..
Manis ? hehe .. Xder .. aderla sikit2x..
tp yg modul matematik tue byk gler ar manis nya..HAHAHA

Aku br jerk balik dari semayang jumaat dan jap agi pkl 4 ada Kem Bomba plak .. huhuh ..
Aku akan balik pkl 7 kejap psl nk gi solat / mandi dan gi tuchen pas2 pkl 11 mlm sambung balik kart sekolah ..

Aku akan balik hari ahad so dun expect me to on9 ..
Hari ahad maybe pkl 1 petang kot ..
Akitiviti yg kitaorang buat :
repelling , main apa ntah , treasure hunt dan lastly .. kawad kaki dan kawad hos ..
HEHE ..
darh lama aku x main air ..
especiall ybuat dier nye tanda.
“TUTUP AIR DENGAN KEMAS” [dengan gayanga sekalik..huhu]

herm ..
arie ahad yerk ?
i hope dier akan kol aku nnt ..
like alwayz ..
oh ? dier ?
she is just a fren ..
BEST FREN ..

Dan yg besh gler .. aku x packing lagik .. haha .. ada lagik sejam utk pkl 4 dan aku relax buat dunno jerk ..Xper2x..sempat lagik.. haha .
Aku still x berubah dan still lagik suka tangguh kerja .
Herm..bler la nk berubah ..
Oh yeah ..
Aku ada amik gambar hari nie kart skool.
which is gamarbr tyme kitaorang prepare for hari report card .
Nervous siot ..
Dapat no. baper larh aku nie ..
Ok .. BABAI ..
C YA !!
wait for me on sunday ..

Impian bakal isteri !!?

Standard

got this from kyoll.com

Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat”

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan ‘lelaki soleh’ mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia ma hukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud.

“Apalah suamiku ini?” rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja – ‘berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari’. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai ‘rumah keduanya’. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tid ak suka pula sikapnya.

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri- isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia(kesenangan) atau akhirat.

Akhirnya mereka memilih akhirat.