Pratonton filem Geng The Movie

Standard

Habis selesai Lightning Talk dan juga kelas JAVA – OOP Dr Razak , aku bergegas mencari Topo di Dewan UTeM . Terima kasih kepada staff Les Copaque yang menjemput blogger untuk melihat pra tonton filem Geng The Movie . Disebabkan Topo yang tahu aksi giler aku merempit Melaka – Klang setiap minggu yang mengambil perjalanan selama 2 jam menaiki motor kapcai kesayangan ku , barulah Topo mintak sekali tiket untuk aku . (ala , dia ajak aku pon sebab xder transport . X gitu ? 😛 )

Pukul 5.10 bertolak meninggalkan negeri Hang Tuah .. dan sampai tepat 7.13 di Cineleisure Mall di Damansara . Terpaksa melanggar peraturan jalan raya malaysia sebab bawak kejap 120 .. kejap 140 . Xpe , meter Yamaha LC mmg penipu .

Sampai – sampai jerk aku carik toilet . Akibat penat mencari x jumpe , main redah jerk cinema kt situ . Berjumpa dengan dua orang student UTeM yang praktikal di Les Copaque . X sangka student UTeM ada di mana – mana . (Macam pernah dengar jerk ayat ni )

Ok .. ok .. i skip the boring part ..

About the movie .. dun worry .. xder spoiler kat sini . What I can say is kanak – kanak satu Malaysia konfirm SUKER GILER GILER GILER dengan Geng The Movie . Masakan aku yang dah awal dewasa (umo baru 21 dan err .. masih single dan bujang ) pon tergelak – gelak melihat aksi yang aku nampak . Ada unsur – unsur lawak , seram . sedih pon ade .. (err .. spoiler kah ? )

The CGI is superb ! Banyak tengok pemandangan – pemandangan indah kat kampung dan yes . saya kagumi bakat animator , renderer buatan Malaysia (mostly mereka – mereka ni student MMU . Student UTeM taknak apply ker keje kat Les Copaque ?).

Story .. err .. sesuai untuk kanak – kanak … but I really enjoy until the mystic part came up . Sebab dah macam agak blur biler tengok . Satu lagi unsur yang aku tak tahan sangat adalah unsur sekejap seram , kejap terkejut beruk , kejap nangis . Emosi aku agak bercampur baur mase ending part . Which is unique .. (no .. seriously .. to me is a good thing . )

Overall , I give 5 out 5 but I do think the story part boleh improve lagi kot . But I think it is just me dan mostly cerita ni target audience untuk kanak – kanak .

tapi .. xder pon aku dengar suara upin atau ipin mintak ayam goreng . 🙁
Oh ye .. sebelum filem ini ditayangkan , aku sempat tengok dari jauh voice actor Kak Ros . I mean .. ketiga – ketiganya sekali . First one , 2nd one and the movie part .

Gambar akan menyusul kemudian . Kena tunggu Topo upload gambar . hehe ..

Akhir kata … jom kiter tengok upin dan ipin dalam filem Geng The Movie ramai – ramai kat panggung wayang 12 Febuari 2009 nanti .

FTMK Lightning Talk 1

Standard

Akhirnya Lightning Talk berjalan agak lancar walaupun hanya beberapa orang yang muncul . Terima kasih kepada student dan juga lecturer yang sudi meluangkan masa datang untuk talk yang ringkas . 

Session pertama dari Chang Gee Guan adalah “Google , How much do you know about it ?” atau “Google , Sejauh mana anda tahu mengenainya ?”

Banyak membicarakan bagaimana untuk menggunakan google dengan lebih efisien dan menggunakan feature – feature google yang kita sangka tiada seperti calculator , penggunaan double quote (” search term” ) dan sebagainya.

Seterusnya session kedua adalah dari saya iaitu mengenai Windows 7 . Dah lama x bagi presentation dan rasa agak kaku dan terketar – ketar . Slide saya hanya 5 muka surat x termasuk muka depan . Mostly cerita tentang feature – feature baru Windows 7 , FAQ (Frequently Asked Question) / soalan lazim dan juga demo (sebab saya dah gunakan Windows 7 lebih seminggu di laptop baru saya . hehe )

Session ketiga adalah dari blogger UTeM yang sangat famous iaitu Topo / Nazrien dari topotato.com menceritakan tentang blog dan juga SEO (Search Engine Optimization) tapi malangnya kerana kesuntukan masa beliau terpaksa menghabiskan talk nya tersangat awal .

Selepas habis ketiga – ketiga session , apabila bertanya tentang feedback En Sanusi mencadangkan supaya Lightning Talk di promotekan secara meluas .

Sekarang saya berasa dalam keaadan agak konfius sama ada perlu diteruskan atau saya perlu sedar x ramai pelajar FTMK yang menyambut baik usaha saya untuk mengadakan Lightning Talk. (Sebab kalau sambut baik for sure la ramai datang kan . kan ? kan ? ) Adakah disebabkan hari tersebut tiba  – tiba banyak acara atau memang x dapat sambutan ?

Saya harap lepas ni dapat jadi pengerusi majlis sahaja instead of bagi talk every week tapi saya tahu agak mustahil sebab x ramai student yang berani bercakap di hadapan khalayak pelajar lain. Saya akui presentation skill saya sangat lemah and to me Lightning Talk is a good platform untuk student take advantage untuk perbaiki kelemahan diri . Kadang – kadang soft skills lebih penting dari CGPA yang di bangga – bangga kan sangat tuh . 

Kalau ada sesiapa yang nak share untuk Lightning Talk minggu depan (jika ada) , jangan segan silu untuk email kat saya tajuk presentation anda . 

p/s : slide harini akan diupload kemudian . 

p/s 2 : thanks sangat – sangat kepada yang bagi support yang tidak terhingga . Jasa mu di kenang .

Project Diploma – Briefing

Standard

Baru jer habis taklimat projek diploma by En Haziq dengan En Radzi . 

Suprise .. suprise .. Penyelia ku adalah En Sanusi . I thought it was a set up by him tapi bila tanya dia cakap dia tidak tahu menahu langsung . 

Well .. one thing for sure kalau dah under En Sanusi .. konfirm kena buat Java .. LOL 

Lepas habis taklimat terus jumpa dia untuk tanya pasal tajuk yang boleh direcycle . Sebab salah satu keburukan aku .. aku x pandai nak berfikir secara kreatif dan sentiasa memang jenis ikut arahan . Selepas dah berjumpa dan berbincang dengan En Sanusi .. akhirnya aku akan buat sistem menggunakan JSF (Java framework).

Wish me luck people .. 

Sekarang .. mari pecah otak untuk cari tajuk . hua hua 

(kalau ada sesapa nak bagi tajuk .. boleh jer kot ) 🙂

btw .. since this is an online application , integrate dengan javascript framework is a must (at least for me ) . modular + userability (Jquery) or eye candy (mootools) ?

FICT’s Lightning Talk 1

Standard

Finally , Lightning Talk akan dibuat pada setiap hari selasa starting 13/1/2009 .

3 Session
Abg Chang – Google: How much you know bout it
Topo – Blogging / SEO optimization
oDiN – Windows 7 

semua dijemput hadir di tingkat 4 makmal eksekutif pukul 1:30 – 2:00 .

Any question boleh jerk tanya kat sini . 
Hopefully ajak lagi ramai kawan – kawan datang sekali .