Tak isi minyak

Standard

Pertama kali aku bawak kenderaan yang tiba – tiba berhenti akibat tidak mengisi minyak motor …

luckily waktu itu pada pukul 3 pagi dan memang ada niat tibe – tibe rasa nak isi minyak waktu tu .. ade la mati dalam 200 meter dari Shell Ayer Keroh .. so sorong pon x sempat nak berpeluh ..

// saje tulis kat blog .. pengalaman pertama la katakan … padahal dah bertahun bawak motor ..

// ada je duit nak isi minyak tapi malas nak isi walaupun terang – terang meter minyak tunjuk minyak nak abis .. malas punye pasal .. ^_^

Mahu FTMK Lightning Talk ?

Standard

Sepatutnya sem ini saya tidak menjangkakan lightning talk akan berlaku .. kerana kekurangan orang yang ingin memberi “talk”.

Lightning talk seharusnya menjadi tempat pelajar ftmk utem mencurahkan segala idea / info yang mereka tahu kepada pelajar lain. Seperti “show and tell“.

You hate Internet Explorer ? You know how to hack png and reset css ? You know how to bypass torrent ? Any bengkel projects you want to show ? Or you want to do a survey and get a responds easily ? It could be anything ..

Tapi malangnya .. segala usaha saya sejak 2 sem lepas tak mencapai sasaran ..

Sebagai orang yang bertanggungjawab menjalankan sesi ini .. (dibantu oleh Abang Chang) .. apa yang saya dapati :

  • Student takut bercakap di khalayak ramai
  • Bahasa bukan satu barrier .. Tak semestinya anda mesti ‘speaking’ dalam bahasa Inggeris tapi anda boleh jadikan Lightning Talk sebagai satu platform anda untuk melatih english anda.
  • Tiada apa yang mereka ingin kongsi bersama .. “Kau buat kerja kau .. aku buat kerja aku” kinda attitude.
  • Mereka datang hanya kerana makanan yang disponsor oleh fakulti (ini saya tak kisah sangat pon) .. saya pon lapar juga 🙂
  • DIPAKSA OLEH PENSYARAH KERANA ADA PENSYARAH MEWAJIBKAN MEREKA DATANG.

Pasal benda ni .. ia terpulang pada pensyarah tersebut .. dan saya amat berterima kasih kepada En Sanusi kerana mewajibkan student beliau yang mengambil subjek AOA (analysis of algorithm) untuk menghadiri Lightning Talk .. jika tidak saya rasa pelajar yang datang hanyalah dalam 10 orang. Walaupun begitu , saya ada dengar student merungut kerana dipaksa datang ..

kesimpulannya .. mereka hanya melihat “dipaksa datang” , “dipaksa memberi talk” .. dipaksa .. dipaksa .. dipaksa ..

<rant>

Entri ini dibuat kerana ada lecturer yang GIVE A DAMN mengenai sesi ini dan menganggap ligthning talk amat penting untuk student ftmk utem itu sendiri .. walaubagaimanapun .. saya berkeras untuk tidak mahu menjadi person yang in charge kerana saya sudah give up dengan kebanyakan pelajar ftmk sendiri .. mereka tidak mahu menolong diri mereka dan masih lagi ingin disuap .

Buat Java Stream tak nak datang.

Buat Infosys Foundation Programme tak nak datang ..

3P anjuran prestariang pon tak nak datang ..

Fakulti banyak anjurkan pertandingan dan aktiviti dan kalau dikenakan bayaran pon ia pasti sangat berbaloi tapi akhirnya student sendiri tak mahu ambil peluang ..

Korang  jadi je la student yang datang kelas .. amek exam .. dapat diploma dan degree dan akhirnya bekerja yang tiada berkaitan dengan IT atau pergi ke temuduga dan akhirnya tidak dapat menjawab soalan oleh bakal majikan “apa beza post dan get method ” .. sheesssshhhhhhhhhh ….

</rant>

** Ligthning talk sem ini masih dalam perbincangan .. tunggu dan lihat !!!

** saya harap FICTS dapat ambil alih .. saya hanya mampu untuk berkongsi ilmu saya kepada pelajar lain .. bukan untuk mencari orang dan memaksa orang memberi talk ..

** hanya mampu berharap tidak ada unsur paksaan kali ini dan hanya ada pelajar suka rela yang tahu pengetahuan di dalam kelas tidak mencukupi untuk alam pekerjaan dan sanggup untuk belajar lebih lagi ..

– there is a way they teach you in books .. and there is a way they teach you in class .. but sometimes you need to do something  “the right way” that is not taught in books and classes .. and Lightning talk will teach you that !

CakePHP dan ACL

Standard

CakePHP – merupakan PHP framework yang aku guna sejak bekerja dengan AIST . Sebelum ini aku hanya mempunyai pengalaman menggunakan CodeIgniter.

ACL – ACL adalah singkatan bagi access control list . Contoh acl adalah memberi akses kepada admin untuk melihat semua profil user manakala user biasa hanya boleh melihat profil sendiri. Dengan kata lain , ACL adalah cara untuk tentukan kau adalah siapa , dan apa yang kau boleh akses.

Sebelum ini aku hanya mampu membuat ACL sendiri yang sangat simple . Setelah menggunakan CakePHP selama 4 bulan akhirnya aku berjaya mengikut tutorial ACL yang ada di cookbook (termasuk memahami conceptnya sekali). Walaupun mengikuti semua arahan , tutorial tersebut ada flaws jadi jangan lupa untuk membaca komen dari orang lain.

Selepas mengikuti tutorial tersebut , pasti anda ingin membuat function yang paling simple untuk extend tutorial tersebut seperti user registration dan terima kasih kepada CakePHP Bakery sebab ada tutorial untuk cara menggunakan ACL . 🙂

Simple Acl Application

How to Use ACL in CakePHP 1.2

Kepada yang pemalas nak mampus untuk ikut tutorial tersebut , dengan berbesar hatinya aku share apa yang aku dah buat 🙂

http://www.mediafire.com/?tgymmt2hnz5

Hello 2010

Standard

This is the first entry for 2010 ..

🙂

just to let you guys know i am still alive .. and still busy with my life ..

will update and write more soon …

Saya benci dia

Standard

ye … saya benci dia ..

dahulunya .. saya hidup tanpanya ..

saya rasa gembira dengan kehadiran yang lain

tapi kini .. beberapa ketika dahulu aku diperkenalkan ..

walaupun tidak diminta .. dan tidak juga dipaksa ..

aku tersipu – sipu malu ..

dia memudahkan ku ..

dia menyenangkan ku ..

dia membuat diriku rasa .. yang aku boleh buat segalanya bersamanya ..

tapi .. akhirnya ..

aku benci dia ..

ya .. dia ..

dia yang suka melambatkan perhubungan ini ..

dia yang suka membuatkan otak ku penat memikirkan segala macam hal ..

heh .. aku benci dia ..

SAYA BENCI CAKEPHP ORM .. argghhhhhhhhhhh

p/s : dulu masa gune CodeIgniter tak pernah gune ORM .. gune Active Record je

p/s lagi : walaupun ORM mempercepatkan development .. akhirnya application akan jadi slow bile dah terlalu banyak sangat data dan table yang telah di joint

p/s : entry tekanan jiwa dan emo sempena mengupdate WordPress 2.9 ^_^