Menjadi pelajar tahun 3 UTeM

Standard

Study

Minggu depan aku akan menjadi pelajar tahun 3 di UTeM . Akan tinggal lagi setahun (2 semester) belajar dan satu sem LI (latihan industri). Register subjek aku terpaksa buat lewat sebab ada kerja di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) selama seminggu.

2 bulan semasa cuti sem aku masih bekerja di AIST .. dan 2 kali menolong Zam mengajar CakePHP di JPN . Baguslah jabatan kerajaan dah mula pandang open source dan develop sendiri sistem dan meminta vendor monitor dan tolong jika stuck.

Blog

Kenapa dah lama x blog ?

Sebab busy  .. terima kasih kepada twitter sebab menghadkan character sebanyak 140 . Jadi aku aktif di twitter . Dulu aku suka mengeluh dan menulis status yang orang akan rasa menyampah bila baca .. akhir – akhir ni aku lebih suka tweet website yang aku rasa interesting . Hopefully apa yang aku share akan beri manfaat kepada orang lain.

Study

Result sem lepas agak teruk . First time merasa pointer bawah 3 . Sem akan datang subjek dah kurang satu dan semuanya berkaitan dengan IT ( TIADA LAGI SUBJEK MATH … YAHOO ~! ) jadi tiada alasan untuk tidak perform ( harap – haraplah ).

Oh .. kerja part time sambil study tiada kena mengena dengan result jatuh . Kalau tak kerja pon , aku dah budget result akan turun jugak sebab aku tak minat math dan takde pon rasa nak jatuh cinta dengan subjek math maka aku terima seadanya keputusan exam aku yang macam tuh .. regrets ? NOPE .. cuma ada subjek iaitu AI yang aku tak sangka dapat rendah . Subjek lain semua aku dah budget berapa akan dapat dan aku berpuas hati ^_^

VidMalaya

Apa jadi dengan personal project ?

herm .. janji hanya tinggal janji .. Aku gagal menyiapkan semasa cuti semester . aku bukan jenis orang yang multitasking . Kalau ada sape – sape nak tolong develop , boleh hubungi ASX / Syahir .. still aku akan tunaikan janji aku .. aku akan buat bila dah lapang sikit ..

Kesihatan

Makin kurang bermain badminton .. jogging hanya sekali dalam masa dua bulan .. otak makin slow secara tiba tiba . Skill programming makin turun .. Nak siapkan sesuatu kerja ambil masa yang lama sampai dah kena sound . Mungkin dah kena tarik rezeki kot . Memori dah makin teruk . Cepat menjadi pelupa . Dan makin BLUR.

Kewangan

Masih tak reti reti nak menyimpan . Kang dah jatuh sakit baru la reti nak menyimpan . Handphone dah makin hancur . Jatuh dari motor masa tengah bawak dengan kelajuan > 130 KM/H. Habis pecah casing semua . Nasib baik boleh pakai . Sekarang tengah aim Samsung Galaxy S . Tak sampai sebulan keluar kat Malaysia , dah ada Samsung Galaxy S Epic .

Solution

  1. Kena selalu beriadah . Jogging . Jangan asyik dok depan pc . Makin lama duduk makin slow buat kerja .
  2. Jaga kesihatan . Tidur kena cukup .
  3. Jangan membazir duit . Rasanya kena guna balik Buxfer untuk manage kewangan .
  4. Jangan tangguh kerja . Kalau boleh buat sekarang .. buat sekarang ..

Sekian .. entry selepas 2 bulan senyap .

Selamat tinggal tahun 2

Standard

Berakhir sudah aku menjadi pelajar tahun 2 di UTeM .. Sem ni ada 2 paper yang agak berat tapi aku tak risau sebab paper math dah diketahui keputusan tak rasmi oleh Dr. Samad . Lepas ni no more math paper in my life !! hooray !!

Walaupun sudah menjadi pelajar UTeM selama 5 tahun , banyak lagi perkara yang aku perlu belajar … masih ada lagi tempat di Melaka yang aku belum explore .. dan ada lagi kerenah UTeM yang aku tak tahu …

Aku bersyukur menjadikan UTeM sebagai tempat aku menimba ilmu (sepatutnya aku nak belajar kat MMU tapi keluarga x mampu) .. Berada di bumi Melaka membuatkan aku bersyukur kos taraf hidup berbeza dengan KL .. berjumpa dengan En Amran (yang PANJANG) pengasas forum PHP.net.my dan bekerja di AIST … praktikal di diBase di Kota Kemuning semasa diploma .. berjumpa dengan lecturer yang sangat sporting .. dan juga kawan  kawan baru .. masuk pertandingan programming situ sana dan sini .. pergi ke geek event seperti Barcamp .. 5 tahun belajar disini , aku rasa sedang berada di kemuncak memandangkan aku akan menjadi pelajar tahun 3 .

Insya allah , aku akan habis belajar lagi setahun setengah ( 2 sem belajar dan satu sem praktikal ). Perkara yang aku really looking forward adalah subjek Bengkel 2 .. aku dah gather requirement dari Cik Ida dan menjadikan dia sebagai penyelia projek dan proposal sudah pon dihantar . Harap – harap kumpulan aku dapat menyiapkan sistem yang baik untuk ditunjukkan semasa pameran bengkel nanti . Wish me luck people …

p/s : sedang cuba untuk memperkenalkan version control / svn pada teammate supaya kerja dan code berada dalam keadaan yang baik .. dan akan cuba untuk test sebaik mungkin . Terima kasih kepada subjek Software Testing yang aku belajar sem lepas .. thx Miss Juliana ^_^

p/s 2 : Cik Juliana terpaksa meninggalkan UTeM .. dia akan sambung mengajar di UiTM Shah Alam .. x sempat nak curik ilmu Spring 🙁

Selamat Harijadi yang ke 22

Standard

Saya sudah berumur 22 tahun !!!

Terima kasih pada semua yang wish .. ^__^

Walaupun beli kek untuk diri sendiri … ada gak satu awek ni nyanyi lagu happy birthday untuk aku .. tq ~!!

p/s : sedang dalam mood exam .. lepas tu sibuk pula dengan kerja .. sila buat temujanji dahulu kalau nak berjumpa 🙂

Salah satu soalan teknikal kepada bakal programmer

Standard

Saya terjumpa article Using FizzBuzz to Find Developers who Grok Coding || http://bit.ly/55vtKo iaitu artikel mengenai bagaimana untuk mengenal pasti sama ada individu tersebut boleh membuat programming atau tidak ..

Jadi , disebabkan tension dengan projek final sem dan juga kekurangan masa untuk membuat kerja ofis , tetiba semangat plak nak jawab soalan ni .. Below are my answer for this FizzBuzz question using PHP.

for($i=0; $i <= 100 ; $i++)
{

if($i % 3 == 0 || $i % 5 == 0)
{
if($i % 3 == 0)
{
echo "fizz";
}
if($i % 5 == 0)
{
echo "buzz ";
}
}
else
{
echo $i;
}
echo " < b r / >";
}
?>

Since aku tengok baru – baru ni  ramai budak – budak MMU hantar surat mintak praktikal di AIST … rasa macam nak usulkan soalan ni sebagai soalan interview kat boss .. hehe