well..
Setelah beberapa bulan aku join club anime malaysia , barulah aku berasa aktif sikit kat sini.
Adalarh masa nak check forum dan berbincang pasal anime..well..
aku ada kawan(www.sotongz.com) yg aku jumpa di game fairyland.Dia jugak minat anime cam aku dan kiter berbincang la pasal anime.Pastu aku baru dpt tahu yg kita boleh downlaod anime menggunakan Mirc.
So , dia ajar la beberapa script dan command utk download anime..Kalo tak biasanya aku pakai Bit Torrent dan clientnya Azureus.Dia ada cadangkan aku pakai ftp sekali..hasilnya , aku x dpt downlaod apa2x kart mirc pasal ramai yg darh beratur (queue ).So , aku terpaksalarh pakai bit torrent.
Sampai sekarang tgh downlad lagi  (walaupun selepas 6 jam )….
Download…..
aku baru ajer mengupdatekan apple quicktime aku semata2x nak tengok final fantasy 12 punya trailer..Besh woo.nanti aku akan tuliskan aper itu final fanatsy 12 dan juga feature2x yg baru dlm game nie dan juga pasal PSP.
aku juga telah download satu software rahsia utk buat website dan ianya bagus gielr dan lihatlarh hasilnya nanti dalam 2 minggu kar laman web sekolah aku..
Selain itu aku juga jumpa free web hosting utk laman web sekolah aku yg x ada ad.
Dan lastly..
Forward yg aku dapat dari Alin a.k.a Kucing Putih…
******************Start**********************
JANGAN SALAHKAN HAWA
Kenapa Allah jadikan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam, bukan dari bahagian
lain. Ada hikmahnya.
Tulang rusuk tu bengkok menunjukkan bahawa orang perempuan ni mudah
terpedaya atau membuat kesilapan. Contohnya yang kahwin lari sampai ke
siam kerana termakan pujuk rayu kekasih. Yang kawin dengan pendatang
indonesia, bangladesh dan sebagainya dan kemudian dijadikan macam hamba.
Sedangkan mereka bukannya tak tahu dan sedar kesannya kepada mereka
sebagai kaum hawa adalah lebih teruk. Jadi menjadi tugas kaum adam untuk
membetulkan kaum hawa dengan cara membimbing mereke, memberikan nasihat
dsb. Jika suami isteri, adalah menjadi tanggung jawab seorang suami  untuk
memimpin isteri. Bukan sebaliknya.
Tulang rusuk tu dekat dengan hati, menunjukkan kaum hawa dicipta untukdikasihi oleh kaum adam.
Tulang rusuk tu dekat dengan ketiak menunjukkan kaum hawa dijadikan untuk
dilindung oleh kaum adam.
Allah tak menjadi kan kaum hawa dari bahagian kepala untuk
menandingi/melebihi kaum adam, dan juga bukan dari bahagian kaki untuk
dipijak-pijak  oleh kaum adam.
AKU, KAU BERBEZA…AKU, KAU ISTIMEWA…
Beza Lelaki & Wanita
Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki  berkahwin  kena  tanggung  dosa  sendiri,  dosa  isteri,  dosa anak
perempuan  yang  belum  berkahwin  dan  dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum  menjelaskan  anak  lelaki  kena  bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak  lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada  suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami  kena  bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu  isteri  boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak  lagi  lelaki  lebih-lebih  lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut.
Itu  sebabnya  mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada
lelaki.  Lelaki  mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung (ikut kajian laa.)
Tetapi  orang  lelaki  ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT.
Ini   orang lelaki kena tahu! , kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
Wanita
Auratnya  lebih  susah  dijaga  berbanding  lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita  kurang  dalam  beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan di tempat
yang  tersorok  dan  selamat.  Sudah  pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita  perlu  taat  kepada&! nbsp; suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu  adalah seorang wanita?
Wanita  menerima  pusaka  kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya  dan  tidak  perlu diserahkan kepada  suaminya, manakala lelaki
menerima  pusaka  perlu  menggunakan  hartanya  untuk  menyara  isteri  dan
anak-anak.
Wanita  perlu  bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi  ini,  dan  matinya  jika  kerana  melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di  akhirat  kelak,  seorang  lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap  4
wanita  ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala&nb! sp; seorang  wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang  wanita  boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg  disukainya  cukup  dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat  suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang  lelaki  perlu  pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan  suaminya  serta  menunaikan  tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima  pahala  seperti  pahala  orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang  wanita  adalah  pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki,  tetapi  ingatlah  wahai  lelaki…kamu  sebenarnya adalah istimewa
disisi   Allah,   maka   dengan  sebab  itu  DIA  mengangkat  kamu  menjadi
pemimpin…maka  dengan  keistimewaan  itu,  JAGALAH  dan  HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya…supaya  kelak  masing2  lelaki  dan  wanita  dapat  pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.
************eNd***********