Final Exam dan Barcamp Melaka

Standard

Quick Update

  • Sekarang sudah tahun 2 degree (lompat terus sebab dapat waive subject ) di UTeM .
  • Sedang menghadapi final exam . 2 killer paper iaitu Statistics (kena ambil balik sebab dapat bawah c+ masa diploma) dan Bahasa Jepun telah berlalu . Harap – harap lulus.
  • Ada lagi 3 paper iaitu HCI (Human Computer Interaction) , Teknologi Internet dan AOA – Analysis of Algorithm.
  • Sedang belajar bersungguh2x sebab dua subjek awal langsung tidak diberi perhatian sepenuhnya sepanjang sem kerana tidak minat dan tidak hebat.
  • Diharap plan awal untuk menghabiskan ijazah mengikut masa yang ditetapkan berjalan dengan lancar.
  • Sangat teruja dengan Barcamp Melaka hujung minggu ini di MMU Melaka (cepat register ye ).
  • Sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat  teruja untuk mendapatkan macbook. Sempat melihat youtube tentang cara menggunakan Coda dengan berkesan .
  • Sem depan ada satu subjek yang bosan iaitu maths 2 (kena ambil lagi sebab x dapat waive semasa diploma .. heh .. ) . Semoga timetable baru dapat membuatkan saya fokus dengan kerja.
  • Tidak berharap dengan pinjaman PTPTN kerana sudah fed up dengan PTPTN . Terima kasih ibu kerana sudi menaja saya untuk membayar yuran setiap sem . Saya akan cuba untuk top up sedikit menggunakan duit gaji saya yang x seberapa .
  • Mari belajar bersungguh – sungguh .

p/s :

Dikala musim exam , saya sibuk melayan video MIX 09 (bad habit setiap kali exam .. pergi stadi benda lain yang tiada kaitan dengan exam )

oh ya .. ada pengumuman agak penting mengenai FTMK Lightning Talk sem hadapan . akan diupdate selepas exam habis ..

Cuti sem juga akan difokuskan kepada waktu bekerja sepenuhnya untuk cover ketidakcekapan saya selama ini.

2 thoughts on “Final Exam dan Barcamp Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.