Bengkel 2 2009 dan Software Specification

Standard

Bengkel 2 2009

Bengkel 2 telah habis dengan jayanya pada hari ini . Sekalung tahniah diucapkan kepada roomate ku Alif dan team yang berjaya mendapat tempat pertama bagi kategori sistem dan juga Shahrul dan team bagi kategori poster.
Tak lupe juga pada team Wan Fajrina dan Azizi yang sudi mengambil sistem projek diploma saya untuk diubahsuai dan dipertaruhkan untuk bengkel 2 (dan mendapat tempat kedua kategori sistem dan menang juga kategori poster). Walaupun sistem saya sebenarnya agak simple dari segi business logic , tapi saya kagum dengan kehebatan mereka menggunakan JSF kerana learning curve yang sangat tinggi dan mereka pelajari pada masa yang singkat.

Walaupun saya tidak mengambil subjek Bengkel 2 sem ini , tetapi saya tidak pernah miss untuk melihat bengkel 2 setiap tahun. Dan saya berterima kasih dapat berjumpa dengan senior – senior BITS yang sudi berkongsi pengalaman , ilmu malah teknik progranmming mereka. Sikap annoying saya semasa bengkel adalah seperti biasa .. dengan menganggu mereka menguji validation terutamanya javascript. Kebanyakan mereka tidak melakukan server side validation .

Jika browser mereka saya disable javascript , input user tidak di sanitize / ditapis dengan baik maka berlaku lah sesi – sesi perkataan WTF keluar dari mulut pengguna. 🙂 ( ya .. saya exaggerate lebih je kat sini )

Tahniah semua ! Jadikan Bengkel 2 sebagai pengajaran anda supaya tidak procrastinate untuk PSM 🙂

p/s : Sudah dapat idea sistem siapa yang ingin saya ambil untuk extend kan lagi features .. hehehe ..

Buku Joel On Software dan Software Specification

Salah satu kebaikan bekerja di AIST selain mendapat monitor screen besar dan stok makanan jajan 24 jam sehari , anda berpeluang untuk membaca pelbagai buku mengenai software . Bukan sahaja mengenai language tertentu malah cara menguruskan project a.k.a Software Project Management dan tak lupa juga buku yang saya minati untuk baca ada di perpustakaan mini AIST 😛

Saya ditugaskan membuat manual untuk satu sistem dan demi mengimprovekan diri , saya cuba mencari maklumat dalam bagaimana untuk membuat kerja saya dengan lebih baik. Joel dahulu adalah seorang programmer Microsoft dan banyak membincangkan mengenai cara untuk mengendalikan projek software dan banyak tips yang ditulis di blog beliau telah dibukukan. Chapter yang saya sedang baca adalah Software Specification.

Terdapat dua jenis software spec iaitu user spec dan technical spec.

User spec lebih fokus kepada bagaimana sistem itu berlaku untuk pandangan seorang user yang tidak tahu komputer secara mendalam dan menggunakan ayat – ayat yang umum manakala technical spec lebih kepada maklumat untuk developer lain.

Trick yang saya baca adalah bagaimana untuk membuatkan orang minat membaca spec anda . Mostly ramai yang x baca spec dan hanya membuat sesuka hati sistem. Caranya adalah menggunakan ayat sempoi (bahasa saya 😛 ).

Contoh :

Daripada menggunakan ayat umum dan bernada serius , jadikan spec sebagai satu ayat yang ada unsur jenaka.

Dari -> sistem ini digunakan untuk melihat waktu supaya pengguna sentiasa tahu waktu sekarang .

Menjadi -> Makcik Bedah seorang yang pelupa . Dengan sistem ini makcik Bedah dapat tahu waktu sekarang dan dia tidak akan lupa untuk balik awal supaya dapat menjemput anaknya dari sekolah dari asyik bekerja dan melayan facebook .

see ? mana lagi seronok dibaca ? Off course ada pros and cons .. kerana ada client yang mengangap humor tidak patut ada pada dokumen – dokumen seperti ini. Setelah saya baca , saya terasa ingin implement pada manual yang saya buat . Agak – agak pengguna sistem akan melenting x ?

p/s : dah lama x buat entry yang berkaitan dengan software .. sebab asyik leka dengan “Fedora” .

p/s 2 : doakan saya sekali lagi untuk pertandingan The C0d3 sabtu ini . Hari ahad pula saya akan ke TPM – Technology Park Malaysia universiti APIIT untuk FOSS 2009.

2 thoughts on “Bengkel 2 2009 dan Software Specification

  1. 1. mari berdebat dgn FF pasal Software Spec 🙂

    2. documentation xleyh fancy2 dowh~ use proper language. keep it simple but precise 😉

    3. anda tidak hadir FOSS 2009 kerana sememangnya anda bz kan …..

    4. tahniah utk kali ke-infinity sbb masih berada di antara tempat terbaik The C0d3 contest
    .-= finafedora´s last blog ..finafedora: @Yasz_A: RT @iamarunaholic: Question: sarcastic or spastic.. which one u prefer?|sarcastic bcoz i’m one! haha > stepped in too 🙂 =-.

  2. nurul fairus

    salam admin,,

    saya akan mengambil bengkel 2 sem ini dan saya nak tnye pendapat berkaitan bengkel 2,,saya nak tanya mengenai tajuk yg sesuai utk bengkel 2 ni,,

Leave a Reply to nurul fairus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.