Eksiden Motor Sebab Minyak Tumpah

Seperti biasa rutin mingguan aku .. aku akan naik motor klang – melaka .. cuma pada hari ini malang tidak berbau sebab terlibat dengan kemalangan kecil.

Masa aku dah sampai dekat dengan flyover untuk turun masuk ke PLUS (sebelum exit nilai) dari Elite .. masa tu tengah corner dan aku nampak ada minyak atas jalan … jauh kedepan dah ada lori terbabas tepi divider belah kiri.

Disebabkan lori tu dah occupy jalan belah kiri aku terpaksa ke kanan .. dalam keadaan yang tgh panik aku dah budget aku akan jatuh sebab jalan terlalu licin dan corner yang terpaksa aku amek .. so aku decide untuk brek dan jatuh di bahagian kanan jalan untuk elakkan dari terlanggar bontot lori.

Lepas dah jatuh sliding aku terus bangun dan pergi ke arah kiri bahu jalan .. sebab aku tahu kalau aku stay lagi for sure aku kena langgar dengan lori dan kereta yang ada di belakang aku ..

Cepat-cepat aku lambai lori belakang supaya perlahan sebab aku nak kene angkat motor aku .. tapi sebab dia x sempat .. habis motor aku kena langgar dan box belakang motor aku terbukak dan tercampak di bahu jalan sebelah kanan ..

Lepas tu ada lori 1 lagi yang dari belakang sempat berhenti dan tolong aku untuk alihkan motor .. tak sampai 2 minit dah ada peronda lebuhraya datang untuk letak kon kecemasan dan kawal lalulintas .. sempat jugak diorang tanya aku ok ke x.. dan terus pergi ke lori yang dah eksiden di hadapan ..

Aku sempat snap few pictures .. dengan kaki aku yang rasa agak sakit .. aku try start motor dan terus gerak ke melaka .. dah sampai melaka aku mintak officemate teman aku untuk admit ke Hospital Pantai Ayer Keroh ..

p/s : Jangan scroll ke bawah kalau tengah makan .. 🙂

Gambar waktu eksiden 26 March 2012

20120326_160345

20120326_155627

20120326_155621

 

Gambar kat Hospital Pantai Ayer Keroh pada hari yang sama

20120326_215244

20120326_21271820120329_171324

 

 

Keesokan harinya

20120327_132029

 

Dapat MC seminggu >.<
20120404_083311

Gambar lutut 14 April 2012

20120414_204938

20120414_204915

One Reply to “Eksiden Motor Sebab Minyak Tumpah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.