April Fool !!!!

Standard

Aku baru ajer balik dari camp kart Sg. Tekali.
Best mmg best dan ada juga yg tak besh.

Anyway , aku akan cerita nanti dan ini ada e-mail yg aku dpt dari maisarah.
****************************************************
Assalamualaikum wbh. Ikutilah cerita sedih di
sebalik
April Fool’s Day sebagai renungan bersama.Setiap
kali
menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu
taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’ menjadi
begitu
sibuk sekali.Kepala mereka penuh dengan senarai
mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan
sewaktu
memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat
berputar merangka-rangka rancangan ‘penganiayaan’
ini.Yang penting mereka puas melihat muka
mangsa-mangsa mereka merah padam kerana
dipermain-mainkan.Bagaimanapun, tanpa mereka
sedari,
kadang kala lawak-lawak biasa atau ‘practical
joke’
yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah
menyebabkan penyesalan berpanjangan.Sewaktu zaman

persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca
tentang
suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini.
Seorang suami yang jahil tentang agama, telah
mengucapkan ‘Aku ceraikan kau dengan talak 3′ pada
isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya
yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung
apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya

mengucapkan April Fool!’. Selepas itu, giliran si
suami pula untuk meraung apabila diberitahu
bahawa
talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini,
adalah dipercayai bhw ia mula dirayakan sewaktu
kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah
bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,
Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang
tentera-tentera Kristian. penduduk-penduduk Islam di

Sepanyol ( Moors )
terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk

menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha
untuk
menghapuskan orang – orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa
mereka
boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat
bersama-sama
barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan
kapal – kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran
tersebut merupakan suatu penipuan,
telah pergi ke perlabuhan untuk melihat
kapal-kapal
yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka
membuat persiapan
untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka
mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil
kesempatan
untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah
penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak
sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya
dibakar. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,
lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yang
menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap
tahun
bukan sahaja di
Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang
menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai
peristiwa ini turut
meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka
sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan
beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk
kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara
kamu ……rawahu ttirmizi Illal Liqaq
*********************************************************

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.