Dapat diskaun renew roadtax dan insurans kereta – RichPlan4U

Post ini sempena peraduan yang dianjurkan oleh Salam Media iaitu “Aku dan Kereta” dari RichPlan4U. Post ini juga bertujuan untuk memberi semangat untuk kembali dalam dunia blogging (walaupun aku masih lagi suka ber-Twitter).

Walaupun kisah-kisah dibawah semua cerita pasal motor, percayalah bahawa target audience post ini khas untuk pemandu kereta lebih – lebih lagi yang tak pernah bawak motor dan tak tahu jenis bahaya yang terpaksa ditanggung oleh penunggang motorsikal. Baca dahulu kisah aku dan nanti korang akan tahu bagaimana pemandu kereta boleh meringankan beban kami yang naik motor ni.

Pertama kali belajar menaiki motor – Syed Ahmad Rasyidi (Syidi) , Honda ex5

Walaupun ibu dan arwah bapanya merupakan anggota polis, tapi dia lah yang ajar aku macam mana nak bawak motor (dua-dua takde lesen pulak tu). Gear 1 aku selalu kantoi ! (padahal bukan bawak motor clutch pon). Boleh dikatakan hujung minggu waktu petang aku akan praktis bawak motor dia dekat kawasan padang (yang memang tak ada orang). Ada sekali tu hampir terwheelie tapi sebab dia duduk belakang aku dan badannya agak besar selamba je dia jinakkan motor tersebut.

Ayah belikan motor pertama – kapchai Honda C70

Apa yang aku ingat motor ni motor pertama aku supaya aku boleh pergi tuisyen / kedai / main bola di waktu petang. Memang tak bagi bawak jauh sebab masa tu aku masih takde lesen dan motor takde roadtax. Lepas tu ada kisah motor ni kena curik masa aku gi tuisyen waktu malam. End up jumpa balik dekat berek polis Taman Sri Andalas sebab ada anak polis yang curik motor tu. :(

Skuter Modenas Elit Sport

uluyamse1
Ni merupakan skuter idaman aku sebab design dia macam gempak (padahal time tu zaman MZ Moskito dengan Gilera). Dan disebabkan oleh skuter ini jugaklah aku pertama kali eksiden. Masa tu aku baru balik dating (kofkofkof) dan waktu tu dah nak maghrib. Hujan renyai-renyai tapi jalan basah. Location yang aku jatuh di bawah flyover dari Seksyen 7 Shah Alam (UITM pintu belakang) nak arah balik ke Klang (sebelum tol) lalu Federal Highway. Lepas puas mencilok aku brek dengan sangat – sangat kuat semasa sampai di traffic light.Tak terlintas kat fikiran aku apa jadik bila brek mengejut dekat jalan yang basah.

Aku brek je terus motor tu jatuh dan sliding. Jauhnya sliding tu boleh kata almost 80 meter dan sampai ke bawah flyover. Masa aku jatuh aku rasa terkejut dan alhamdulillah aku boleh terus berdiri. Baru dapat berdiri aku nampak elok je skuter aku berhenti sliding. Tiba – tiba ada bas lalu rapat dengan dengan motor tu tapi selamat tak kena langgar. Luka aku agak kecil di bahagian siku dan jari kaki kanan. Dan masa tu pulak aku pakai slipper je. Disebabkan peristiwa ini lah aku akan sentiasa pakai kasut kalau naik motor (kecuali kalau pergi kedai dekat2 je). [more detail here] [2 weeks after that]

Jatuh di laluan motor Kesas

Masa tu aku kena pergi ke Kg Melayu Ampang umah saudara untuk mengambil GL (guarantee letter) untuk arwah Atuk aku supaya dia boleh pergi jumpa specialist. Masa nak balik semula ke Klang area Bandar Tasik Selatan dah start hujan tapi aku gagahkan jugak untuk teruskan perjalanan. Selepas dari persiaran Kewajipan aku pecut dari traffic light dan masa nak exit seafield entah macam mana selekoh dekat laluan motor tu sangat tajam. Disebabkan aku taknak brek emergency (sebab aku yakin dengan jalan licin confirm aku akan jatuh lagi teruk) so aku terpaksalah amek corner.

Masa corner tu jugaklah aku terlebih ambik dan aku jatuh.Walaupun aku tak jatuh jauh tapi aku langgar divider tepi tu. Sakit dia boleh tahan jugak la. Kesan dia lutut aku koyak. Dengan bantuan Uncle Amri ambulan datang ambik aku dan aku kena masuk hospital dekat Sime Darby Medical Centre. Lepas peristiwa ni setiap kali aku solat nak melutut, memang rasa pedih sangat dan lama jugaklah nak hilang. Berapa jahitan pun aku dah lupa.

Jatuh sebab minyak tumpah

Waktu aku belajar di UTeM memang almost every week aku akan balik Klang – Melaka. Ada satu hari tu aku balik macam biasa pakai skuter Modenas Elegan kepunyaan ayah aku. Masa aku exit dari ELITE nak masuk ke PLUS (sebelum exit nilai) aku bawak dalam 90 dan cuba untuk slow down sebab ada selekoh. Masa selekoh tu dari jauh aku nampak ada Lori besar eksiden dekat tepi bahagian kiri divider. Aku pelik macam mana boleh eksiden. Bila dah dekat tu baru aku perasan kawasan sebelum lori tu ada warna purple – purple ..

Memang sah benda tu minyak dan aku tak sempat nak elak! .Sambil mengambil corner aku cuba untuk tak gelabah tekan brek kuat – kuat. Walaupun aku cuba brek secara perlahan tapi disebabkan jalan terlalu licin akibat tumpahan minyak aku jatuh jugak. Dah la aku jatuh tu rasa sakit, lebih sakit lagi hati aku bila aku nampak ada lori kecil yang dah memang perlahan langgar skuter aku yang dah jatuh tu. Lepas tu blah mcm tu je … [more detail here]

20120326_155627

20120326_155621

Pengajaran

Kalau korang perasan, dah macam – macam aku cuba buat untuk mengelakkan kejadian macam ini. Setiap eksiden yang aku kena aku jadikan iktibar. Selepas eksiden kali pertama aku memang naik motor pakai jaket kulit, kasut dan hand glove siap dengan fullface helmet. Tapi eksiden tetap jugak jadi. Tapi cuma ada satu je lagi benda aku tak sebut. Apa yang kita kene buat lepas eksiden lagi – lagi kalau kereta yang langgar ? Sebab itulah roadtax / insurans memainkan peranan yang sangat penting ! Aku bersyukur sebab aku eksiden tak melibatkan nyawa, jatuh sendiri dan tidak berkait dengan orang lain. Cuba bayangkan apa jadi kalau korang eksiden dan korang tak renew roadtax dan insurans ? Siapa nak tanggung ?

Perbaharui insurans dan cukai jalan melalui RichPlan4U

2014-03-13_1-32-00

Oleh itu jom kita laksanakan tanggungjawab kita. Kalau dulu kita kena pergi kedai buat sendiri atau upah orang kedai untuk buatkan tapi dengan adanya RichPlan4U anda boleh buat secara online !

RichPlan4U menawarkan servis perbaharuan insurans dan cukai jalan. Anda hanya perlu membaca syarat – syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang hingga ke 31 Mac. Jika berminat anda boleh mengisi borang ini.

Apa jadi selepas ini ?

Aku masih lagi suka naik motor walaupun sudah banyak peristiwa jatuh bodoh dan kemalangan kecil. Insya allah kalau ada rezeki aku ingin memiliki superbike yang pertama tahun ini juga.

Z250

Motor pinjam

Diharap post ini dapat memberi manfaat kepada semua dan doakan hadiah peraduan iaitu iPad Mini menjadi milik aku !

What to backup for Windows Installation

My list what to backup before installing new Windows.

  1. Backup Documents, Pictures, Videos, Downloads
  2. Backup Navicat db connection settings
  3. Backup Filezilla ftp connection settings
  4. Backup www folder in c:\wamp\www
  5. Backup all the database
  6. Backup vhost settings
  7. Backup host file

Cara menggunakan Git SVN

Saya mempunyai satu client dimana mereka masih menggunakan SVN untuk menyimpan source code mereka. Saya pula lagi prefer menggunakan GIT dan kemudian commit source code saya di server SVN mereka. Saya belajar menggunakan inflatable abominable snowman command git-svn dari link ini http://lostechies.com/scottreynolds/2009/05/06/getting-up-and-running-on-git-svn-5-minute-quickstart/ dan dibawah adalah rumusan.

  1. Klon repo ke local: git svn clone -s http://svnrepo
  2. Dapatkan kod terbaru dari server : git svn fetch kemudian git svn rebase
  3. Buat sebarang perubahan dan commit: git add dan git commit -m “message”
  4. Hantar perubahan ke server SVN : git svn dcommit

Ulangi langkah 2-4 .