Aku tidak mahu buang masa lagi

Standard

Seminggu selepas aku masuk untuk Sem 5 , dah tiba masa aku biasakan untuk aku untuk menelaah semula pelajaran. Otak aku sentiasa fikir bagaimana untuk bekerja dari belajar membaca buku .. so aku dh cuba aktifkan dan set balik otak aku untk terus belajar dan tidak memikirkan sangat hal kerja.

Aku jugak tak nak buat aku menangis seorang diri result macam tahi sem lepas .. aku tidak mahu sejarah berulang kembali. Mungkin selepas ini aku akan berubah .. (let’s just hope ok…) aku cuba untuk kurangkan bersms dengan orang – orang yang aku bajet dapat menghilangkan rasa lonely aku yang semakin menebal .. Since internet kt umah sewa dah ada .. sekurang – kurangnya aku ada Salam dan Ecah untuk aku borak2x . X lupe juge Trex dan Zyra yang selalu kaco2x aku ..

Aku jugak nak kurangkan berjumpa orang baru secara membuta tuli . Dan tidak lupa jugak melaksanakan azam aku ntuk belanja (guna duit gaji) kengkawan aku yang selalu support aku selama ini .. esok aku belanja kawan seperjuangan aku plak makan Pizza .. yang kawan jauh2x .. aku belanja korang makan angin je la ye . 😛 biar kembung perut cam ecah .. ahahaha .. (joke je nie ecah .. aku mane pernah tengok perut ko)

So .. marilah sama – sama kita menghadapi satu sem baru di UTeM … dan buat pertama kali aku nak setkan dalam minda aku .. aku nak dapat dean list untuk sem ini .. wish me luck .. 🙂

Sabau kahwin dan WD Home 500 Gb

Standard

Semalam aku sangat – sangatlah BZ dan merantau lebih kurang 4 destinasi. Sepatutnya aku bertolak pagi untuk pergi ke UIA sebab nk tolong kawan formatkan pc dan tengok2x kan problem laptop dia tapi entah bagaimana plan terpaksa ditukar oleh disebabkan dia keluar dengan BF dia masa waktu pagi. Agak petang sikit baru dia free so aku pun yang tah mcm mana boleh pelik giler dah bangun pagi pergi la bantai take a nap.

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ (smpai kul 11:30)

Tetibe hp bunyik .. Abg Nazri tipon ..

“Woiit  .. ko kat mane nie ? Baru bangun tido ker ?”

tanpa segan silu pun aku mengaku jerk la .. ahaha .. aku janji nak tunggu kt Petronas + McD area tmn melati kul 11:40 tapi cam mane tah terbabas tido. Dengan rushing nya aku pon pergi la … segala hujan ribut aku harungi jugak .. mestilah kene pergi kenduri kahwin member sendiri .. nanti kecik ati plak . lagipun aku x pernah tengok lagik bini Sabau nieyh.

Lepas area USJ (lalu kesas) , matahari terik .. alhamdulillah .. kering sume baju dan seluar aku.Setelah merempit ala – ala Valentino Rossi , pukul 1 petang baru smpai. Dengan guide yang seterusnya aku pun smpai lah ke umah CEO flavert ni.

So .. ape lagik yang korang expect bila datang kenduri kahwin ? Makan .. Borak2x .. Bergambar . Meet new people.. Dan x lupa sedikit prmosi yang dilakukan oleh Abg Nazri ..

“Ni perkenalkan .. Our junior programmer .. ”

LoL . Aku malu – malu anjing .. blushing .. segan dowh .. 

Apa yang aku boleh cakap .. for sure pipi Sabau bengkak dan sakit .. asyik tersenyum gumbira jerk seharian .. ahahaha … Semoga bahagia hingga ke akhir hayat bersama isteri tersayang.

Lebih kurang sejam lebih lepak , aku pon mintak izin nak chow dan pergi ke UIA. Doing all the stuff yang patut , aku sempat lagik cocok duit nak beli external hard disk kt lowyat nanti.

Skill aku mintak harga murah masih lemah .. but ok lah kot .. dapat kurangkan 20 hinggit dari harga sebenar. Akhirnya i’m a proud owner of Western Digital Home Essential 500 Gb 3.5 inch external hard disk.

Mase otw nak balik , saje nak lepak dgn Salam .. nak g mamam McD. tapi tah mcm mane dier kene gi Selayang lak. Malam kul 1 pagi buta aku ajak lagik .. dapat gak berjumpa dengan mamat ni ..

AKU SUNGGUH JELES melihat mac book pro nya .. argh .. demn .. demn .. Somehow I manage not to playing around dgn MBP nya sebab kemungkinan besar aku sanggup buat apa sahaja untuk beli jugak kalau aku ketagih semacam nanti. Apa – apa pun Salam , teruskan usaha anda mendownload software2x untuk MAC *ehem* version yer .. coz i MIGHT buy one .. cume tah bile tah ..

Perjalanan hari ini .. Klang->Gombak->UIA->Lowyat->Shah Alam->Klang

p/s: Mari backup segala data termasuk video orang tidak memakai baju ke hard disk baru .. woooot !

Blog 101

Standard

Blogging di Malaysia semakin mendapat tempat. Dan pasti dah terlalu banyak sumber bagaimana untuk buat blog sendiri .. kegunaan blog dan etc . 

Tujuan aku tulis post ini adalah sekurang – kurangnya untuk beritahu apa itu blog dari perspektif aku sendiri.

Apa itu blog ?

Anggap sahaja blog itu adalah seperti diari online. Blog sekurang – kurangnya mesti ada tajuk atau sebab atau tema. Contohnya blog yang aku buat ini adalah untuk menceritakan tentang diri aku sebagai seorang IT student dan apa – apa sahaja related to IT.

Mungkin ada orang akan cakap ” hah ? diari online ? “. Bukan ke diari suppose to be something private ? Jawapannya . yes and no. Anda ada hak untuk buat blog anda private atau open kepada sesiapa. Bukankah sharing is caring ? 🙂

Bagaimana untuk blog ?

Anda perlukan platform. Jika anda rasa ingin menceburi dunia blogging , anda boleh cuba laman web seperti blogspot.com atau blogger.com. Let say anda suka blogging , you can take it to the next level by buying a domain name , install wordpress dan sebagainya untuk dapat extra feature. As long anda ada isu yang anda ingin cerita , just write it ! 

Lain Lain

Ramai orang yang cakap membina blog adalah perkara mudah tetapi untuk maintain blog tersebut adalah sangat susah. Kadang – kadang ada jer satu masa dan ketika korang rasa macam malas sangat nak maintain blog yang anda baru buat.Baru tulis Hello World lepas itu diam seribu bahasa.

You also need to know your audience. Tidak semua akan pergi ke blog anda. So know your audience and tulis something yang berkaitan dengan apa yang audience anda expect. Bagi aku .. asalkan ada kaitan ngan computer atau programming atau berkenaan dengan Universiti ku yang tercinta UTeM , aku akan sentiasa terus menulis blog.

Anda juga perlu telus dan jujur. Kadang – kadang ada sesetengah blogger nak jadi mainstream seperti menggantikan journalist so kadang – kadang kita tertanya adakah blogger boleh dipercayai ? Isu blog sebagai tempat melepaskan geram , fitnah boleh merosakkan imej bagi seorang blogger itu sendiri or should I say menyalahgunakan platform.

Sebenarnya … tajuk yang aku nak tulis adalah “Blog perlu bagi semua orang”. Jika anda seorang ahli politik atau seorang CEO sebuah syarikat , blog pasti menguntungkan anda. You can get comments and feedback dan x lupe juge dapat membaca reply dari orang yang membenci anda. At least blog boleh menjadi satu saluran komunikasi yang tiada batasan. 

Akhir kata , majulah blog untuk negara .. LOL.

Idea untuk aku tulis entry yang agak skema adalah sebenarnya berpunca dari sini.

Apabila anda bodoh sombong

Standard

I know .. x sumer manusia perfect dan tahu sumer benda .. even kadang2x mase aku praktikal .. boss aku mtk buat something simple dan aku fikir terlalu dalam smpai benda yg simple boleh jadi complex dan tersalah buat  ..

but .. after i read this entry .. this is too much …

‘Mobile Content Challenge 2008’ dan The C0D3

Standard

UPDATED on July 16 , change the title

Aku igt projek yang Pn Massila nak bagi masa dia bgtau tyme dier melawat Li adalah satu projek yang membuatkan aku teruja 10 kali ganda (duit masyukkkkkk) .. tapi .. baru aku tahu .. projek tuh membuatkan aku 1000000 kali ganda teruja walaupun x pasti sama ada dpt habuan atau tidak .. yes .. aku masuk Maxis Mobile Content 2008 . Aku x tahu java .. apatah lagi flash .. kebolehan aku adalah php dan mysql .. so how the hell aku boleh contribute dalam team aku ?

Team member aku terdiri dari 2 orang senior yang terlalu senior .. mereka sangatlah power .. jadi aku berasa sangat KECIK dan keMALUan aku menjadi bertambah besar (xde kena mengena ngan Tongkat Ali ) .. ape – apepon . aku harap aku dpt contribute as much as i can supaya tidak menjadi batu penghalang kepada mereka yang dh power ini ..

Masa nak hantar report LI ( yang disiapkan sangat awal cume malas nk print ) .. aku ternampak satu iklan yang aku tunggu sem lepas . Th3 Cod3 Competition . 2 Sem lepas team noobies hanya merangkul tempat ketiga overall dan tempat pertama kategori diploma .. jadi aku berharap utk sapu bersih .. hopefully r .. Team Noobies kembali beraksi !!! .. Semoga dengan ini .. aku x perlu buat kerja freelance tapi masih boleh mendapat duit dengan skill yang senipis kulit bawang ..