Telur Rebus Punya Pasal…

Standard

Telur Rebus Punya Pasal…

Aku ada cerita ni… Lawak la juga; tapi jangan ketawa tau? Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus.

Tapi semenjak aku kahwin ni, aku terpaksa berkorbanlah iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. So aku dah tak kisah lagilah. Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak. Aku pun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak.

Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu… Ada telur rebuslah. Aku pun makan nasi dengan telur rebus. Lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang. Maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas di belakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk di kerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler…

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi? Ada chance! Aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama. Fuuuuhhh, lega rasanya. Bau boleh tahan… Maklum ler berapa biji telur tah aku bedal tadi. Alamak! Ada lagi satu la… Aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi, bunyinya PRROOTTT! Fuh! Bau jangan cakap beb. Aku pun tak tahan bau dia. Aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia. Adalah macam bau telur tembelang sikit…

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi. Hai, lamanya tunggu isteri aku ni… Aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah. Aku kumpul dulu kasi padu. Lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu. PRRROOOOOTTT!!!

Fuhh, lega… Bergegar sikit meja makan dibuatnya. Peh tak tahan aku bau dia power gila. Aku tutup hidung aku. Aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la! Mau mati bunga atas meja makan aku ni… Sambil tu aku sebut ‘Ahhhh…. Lega!’ Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat. Lalu dia kata ‘SURPRISE! HAPPY BIRTHDAY!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku. Laaa… Birthday aku hari ni le! Camne boleh lupa ni? Aku buka le kain penutup mata aku. Mulutku terus melopong; ALAMAK!

Benda pertama aku lihat… muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!

FWD yg aku dapat dari Alin (Fadhlina) yang membuatkan aku rasa insaf!!!

Standard

ORANG KATA… enjoy sementara muda,hidup
panjanglagi,dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA… orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,entah esok lusa
Izrail datang menjemput.
SAYA RASA… betul jugak tu..
ORANG KATA.. exams tu susah,kena banyak
sacrifice,constant study.. past year
papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA… exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk
diuji, dah ada syllabus untuk diikut,kalau ajal..
entah bila siapapun tak tahu, byk pula tu peringkat
ujiannya,Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan
slide..
SAYA RASA… betul jugak tu..
ORANG KATA… have fun on your birthday,panggil
kekawan and sedara
mara,berpartylah sepanjang malam,make it a memorable
one!!
ATUK KATA… setiap hari jadi, kita semakin
hampir,hampir setahun dengan kematian,setahun lagi
diberi peluang utk beramal, bertaubat..
SAYA RASA… betul jugak tu..
ORANG KATA…successful people have a good time
management,ada bisnes di kl, new york, tokyo..masih
sempat berkempen utk pilihanraya,masih
sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih
sempat pasang perempuan 2-3,baru orang boleh respect!
ATUK KATA… setiap manusia dapat 24 jam dlm
sehari,tapi..ada masa ke
utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?ada masa ke
nak selak Al-
Quran sekali sehari?ada masa ke nak jenguk ibu ayah di
kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
SAYA RASA… betul jugak tu..
ORANG KATA… kerja mesti sungguh-sungguh,beli rumah
besar, kereta mewah, makan lazat..baru hati puas!
ATUK KATA… ye ke hati dah puas??dah cukup ibadah nak
tempah kubur luas-luas?dah siap kenderaan meluncur
Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan
rohani?dah cukup amal nak ‘book’ tempat Al-Firdaus?
SAYA RASA… YE TAK
YE……HUWAA…HUWAAA….!!!!!!!!!

Aku busy!!!!

Standard

Aku busy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

-Cuti Hari Raya Cina-

Pada hari rabu , khamis aku buat2 relax dan buat2 bodohlah dan malas nak buat kerja sekolah
yg menimbun giler2.
Sebaliknya , aku pi buat site yg tergendala tue.Kpd pembaca , tolonglah memahami aku pasal
aku nie hanya manusia biasa yg ada dua tangan dan mampu bekerja pada tahap manusia dan
bukannya cam superman , batman , dan postman.

Aku nak kena handle web aku , forum aku , content aku , blog aku , keje sek. aku , dan juga
diri aku.Selamat aku bujang trang tang tang dan takder anak.

Maklumat yg aku tulis/bagitau melalui web,blog tak semestinya tepat 100% kerana manusia
nie ada kesilapannya.

Ini adalah aktiviti aku!!
rabu dan khamis
-design web
-liveupdate utk norton antivirus pasal pc aku kena virus .html.redloaf.a
-baca novel bukit kepong pasal nanti masuk dlm periksa SPM dan juga ada kena buat sedikit
ulasan , komen , sinopsis pasal novel yg setebal 4-5 cm nie.
-main game(dpt main sejam lebih jer)

jumaat
-gi umah sedara iaitu Aunty Mamah.Aku sebenarnya tak tau apa nama sebenarnya samada
normah , fatimah atau apa2 la yg lastnya ada “mah”.
-tujuan-kak novi(pun tak tau nama sebenar) nak bertunang.
-tido’ kat penang.
-apip kata aku tido berdengkur dan bercakap2 sendirian.(Rasanya apip nie tipu kot!!?)

sabtu
-balik dr penang ke ipoh sebentar pastu ke klang.
-tulis blog nie.

Sori pasal kabut sgt aku tulis journal aku.
–EnD—