Selamatkan diri di padang mahsyar

Standard

001 – Selamatkan Diri Di Padang Mahsyar

Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya : “Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!”

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada di tempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata : “Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul.”

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : “Mereka berkata: “Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)” (Yassin: 52) Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam – macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama)
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang).
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan

bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama

manusia.

Ya Allah selamatkan kami….jadikan kami golongan yang beriman dan

beramal soleh… Amin…

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy

Standard

018 – Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?”

Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab

dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.”

Kelebihan Berpuasa V.20

Standard

Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu, nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak. Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam
darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat
anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memeanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada
dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan
menyebabkan darah kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
10.Puasa boleh menurunkan berat badan.
11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.

Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.

Selamat Berpuasa

Kelebihan Berpuasa

Standard

Puasa yg berkesan utk kesihatan

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:
Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan
buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit
kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga
kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit
kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah,
sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak
serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan
berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna
water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna
makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak,
berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara
perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah
anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang
terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan
cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu
karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti
burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan
seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan
air bertakung dalam badan (water retention)
Merokok @ Fauzi Omar….

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar
glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih
atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula
pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental,
emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa
begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum
supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:

Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya
itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”

wassalam….

Sempena Bulan Ramadhan

Standard

Arif ( dari sekolah KISAS ) ada hantar aku byk forward e-mail mengenai Islam..Harap lepas korang baca nie , korang akan insaflarh dan semoga kiter sama2x dpt pengajaran daripada e-mail-email yg aku dapat dari dia.
🙂

Biodata IBLIS

Nama: Iblis laknatullah

Tempat lahir: bermula dari keenganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal di dunia: Di dalam hati mereka yang lalai

Tempat tinggal di akhirat: Neraka jahanam

Kawasan legarnya: setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.

Arah perjalanannya: tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di dunia: setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum kerabat: semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

Modal pusingan: angan-angan kosong

Tempat pertemuan: Pasar dan pusat membeli belah.

Musuh ketat: Orang islam yang beriman dan bertaqwa

Kegemaran: melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan.

Matlamat: supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk Ke neraka jahanam.

Kelemahan: Bila orang membaca istighfar

Lambang: sebarang tatu

Pejabat operasi: tandas, bilik air, tempat bernajis serta tempat maksiat.

Rakan kongsi: golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber: segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Makanan kegemaran: daging orang mati, segala najis dan kotoran.

Yang ditakuti : orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Tempoh perkhidmatan : sehingga hari kiamat

…dgn itu sesame la kite menjadi org yg bertakwa dan berdoa kpd Allah SWT moga dijauhkan dari iblis laknatullah….insyaAllah…