TM NUTs !!!

Standard

Mmm.
Xley nak pakai streamyx about 3 days..
Waa
agak susahlarh nak hidup tanpa streamyx..

Apa yg aku buat ?
Tengok tv , main ps dan buat bodoh jerk..

Oh yeah..
Thx to ridhuan , aku pinjam citer

Harry potter
The Hulk
Alien VS predator..

puas larh jugak psl kualiti dier superb.
Maklumlarh , DVD .

Lepas aku pinjam jerk , aku ada masalah nak tengok kart laptop.
Rupanya kena ada dvd rom.
Selamat desktop aku ada dan terpaksa aku install balik cyberlink dvd utk tengok citer tue.
Dan aku pray harap2x computer aku x auto reboot tyme aku tengok citer2x nie..
Hehehe

Skunk streamyx darh ada , apa lagi , aku check forum dan tulis blog.

so citer yg aku nak tengok lepas nie.. adalarh spiderman 2.Ramai kater x besh..
Mmm..
X tau ar nak wat per..
Aku nie asyik tengok omputih nyer filem jerk…

pontianak sundal ngan puteri gunung ledang blom tengok lagi..
Rasa malaslarh plak….

Tyme main ps , aku main balik mgs (Metal Gear Solid) dan woohooo..Aku habiskan game tue dlm masa 2 hari..Maklumlarh , xder benda lain nak buat..

Dan lepas streamyx ok jerk , aku terus gi tengok trailer mgs 3 snake eater n mgs 2 sons of liberty.

Mana lagi hensem ?

Raiden ?

atau solid snake ?

Apa2pun , ramai gurl yg kart sini minat mamat nie..

So , aku xley nak buat apalarh..Diorang mana tau metal gear solid tue apa..haha..Silly me..

Pagi yg bosan..

Standard

M..
Aku darh lama jadik kelawar
Whick means aku tido tyme siang dan bangun time mlm.
Hehe

Normal larh tue..
Oh yeah..
Aku nie sebelum citer2x nak jadik seseorang yg pakar ttg computer , aku nak jadik detektif..Hehe
Sebab aku ada kepakaran mengetahui hal dan juga rahsia orang.

Mmm..
Baru2x nie..
Hehe
xper arh.
x yarh ar citer..
Mulut aku nie kan bukak dan melopong..
Ada benda jer nak bgtau org.
Itu dulu..
Skunk , aku hanya bgtau kart org yg berkenaan tue larh..
HuHaHuHa
dpt gak aku tau satu hal nie..
Lawak btol larh..
Ehem..

kk

kiter tuykar topik

Raya..
Well.
Mak aku darh tukar langsir .
Mmm..
Apa lagi yerk ?
mm..
Baju raya..
Nampaknyer pakai baju raya thn lepas larh..
Hehe
Membazir beli baru..
Actually bukan baju raya thn lepas.
2 years ago..
Anyway , aku darh tambah list nama2x yg aku nak gi umah tyme raya..
Hehe
Guess who ?

Bohsan..
mm
boshannyer..
wargh..
asyik2x pc aku rosak..
cam hampesh.
Selamat ada laptop.

wargh..
bubbye..
nak sambung html..

Domo Arigato

Standard

Thx to all my friends yg masuk forum.
Thx so much.

again yg blom register , plz register utk post dlm forum tue.

Well..
My project for now.
Buat website.
Mmm.
ramai yg tanya asal aku nie asyik2x sibuk psl website jerk.
Ini disebabkan aku tau benda tue jerk.
Nak suruh aku buat program , programming aku x tau lagi.
Nak suruh aku buat komputer , aku xder duit.
nak suruh aku buat bodoh , aku mmg darh bodoh.
So , aku x tao apa yg aku nak buat.

Kalo ada sesapa yg nak offer kan aku kerja , aku akan buat.
Hehe.
Juz tell me (dan kena pertimbangkan dulu)
Of course mesti ada gaji.
Aku nie kan giler duit (dan giler pompuan ..Hehe ).

Dan sekarang aku bosan larh..
Xder member..
Yg on9 pon si pisek , lia ngan farah dan juga alin.
So , aku nak org lain.
Bukan bermakna aku darh jemu ngan org yg sedia ada.

Wargh..
Bengang siot..
Aku nie asyik2x kaco org jer kan ?
Dan ramai yg sakit atie ngan aku dan ada yg darh x percaya aku lagi.
So , mmmmm (pikir lelama )
ok
I decided.
Dari sekarang hingga 2 hari akan datang (jumaat) , aku akan jadi org yg serious jerk.
Nak test dulu.Hihi.so , no more lawak2x or funny thing.

mm..
ok nak buat website.
Aku akan update more..
Jane ..
Bye bye..

My Plan !!!

Standard

erm.ramai kater aku nie x betul sikit psl mintak maaf secara public ..
Erm..
aku mmg byk buat salah..salah besar plak tue..
so , forgive me..

PLAN
Bulan 12 darh masuk and of course larh nak revise .
Tp, kan..
malas…
hehe..
erm..
baru ajerk baca balik novel Konserto terakhir..
Dan darh abis buat kali yg ke-4 membaca novel nie .Selamat novel nie agak besh sikit berbanding Bukit Kepong..

aduhai !!
Boshannyer !!!

Ramadhan

Standard

RAMADAN adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang soleh. Bulan yang disebut oleh Rasulullah sebagai ? bulan umatku?, satu-satunya umat yang dikurniakan dengan bulan mulia dalam sejarah kewujudan manusia.

Kaum nabi terdahulu tidak pernah dikurnia Allah dengan mana-mana bulan mulia. Bukan saja Ramadan itu, mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. Ini seperti sabda Rasulullah, maksudnya: “Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Sebagai mana pintu syurga dibuka pada Ramadan, pintu keberkatan, kebaikan, pintu kasih-sayang, kemaafan, hidayah dan petunjuk juga terbuka. Pintu neraka tertutup rapat, sebagaimana jalan ke neraka juga tersekat. Jalan ke syurga terbentang luas, hingga Rasulullah sendiri menjelaskan dalam sabdanya: “Tidur orang yang berpuasa pada bulan puasa adalah ibadat, diamnya adalah tasbih, manakala ibadatnya dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.”

Ramadan adalah bulan kerehatan dan kelapangan daripada segala hiruk pikuk dan kesibukan dunia. Bulan kita berhenti sebentar daripada keserabutan kejar-mengejar di pentas dunia, untuk melihat ke dalam diri sendiri terhadap cebis iman yang masih tinggal serta dosa pahala yang pernah diperbuat selama setahun. Justeru, kita dianjurkan agar meningkatkan keimanan.

Keempat-empat komponen kewujudan manusia hendaklah diperkukuhkan dengan neraca iman. Tubuh badan bertambah taat, roh makin bercahaya, akal penuh bijaksana dan nafsu bak air tasik tenang tidak berkocak.

Berhenti sebentar berfikir dengan rasional status perhubungan kita dengan Allah selama ini, ketaatan kepada Rasulullah serta apa yang dibuat untuk agama, bangsa, negara, ibu bapa, keluarga, jiran tetangga dan diri sendiri?

Rasulullah bersabda: “Sesiapa saja yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri akan diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Bagi mereka yang mencari kebaikan Ramadan, pelbagai peluang diberikan. Malah, bagi mereka yang belum mampu mengerjakan haji, sama ada kerana masalah kewangan, kekurangan ilmu atau belum dapat kuota mengerjakannya, dia boleh saja sekurang-kurang mengerjakan umrah pada Ramadan.

Seperti kisah yang diceritakan Ibnu Abbas bahawa Rasulullah pernah bertanya kepada seorang wanita dari kaum Ansar, baginda bersabda: “Apakah yang menghalang kamu daripada mengerjakan ibadat haji bersamaku.”

Wanita itu menjawab: Sebenarnya tidak ada halangan bagi kami, cuma kami hanya mempunyai dua unta. Suami dan anakku sudah pergi mengerjakan haji dengan seekor unta. Tinggallah kepada kami seekor unta untuk mengangkat air.

Rasulullah bersabda: “Apabila tiba Ramadan pergilah mengerjakan umrah kerana mengerjakan umrah pada bulan itu pahalanya sama dengan pahala mengerjakan haji.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Begitu juga pada malam Ramadan, peluang terbuka luas untuk menghidupkan malamnya dengan mendirikan solat Tarawih, Saidina Abu Hurairah ada menjelaskan bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Namun ada juga orang yang terlampau-lampau dalam mengaut pahala Ramadan hingga mengganggu orang lain. Golongan itu memerangkap atau memaksa orang lain turut dalam apa yang hendak diperbuatnya, tanpa memikir bahawa setiap orang ada hak masing-masing yang haram diganggu.

Contohnya, ada jawatankuasa surau atau masjid yang menghentikan solat pada pertengahannya dengan memberi laluan kepada tazkirah, kononnya supaya orang mendapat ilmu. Tetapi, sebenarnya adalah paksaan yang mengandungi agenda tidak baik yang tersirat dalamnya. Buatlah tazkirah selepas selesai solat atau pada waktu lain. Mengapa perlu pada pertengahan Tarawih?

Jika ia baik, tentu cara yang sama dilakukan oleh Rasulullah, setidak-tidaknya pada zaman sahabat atau oleh ulama muktabar.

Ramadan walaupun bulan kerehatan, ia bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, menjadikan orang Islam tidak produktif atau menjadikan alasan berpuasa untuk tidak membereskan sebarang pekerjaan.

Sepatutnya pada Ramadan, umat Islam bertambah cergas, kuat kerja, aktif dan lebih kuat semangat. Ini kerana setiap tanggungjawab yang dibereskan pasti mendapat ganjaran berlipat ganda.

Ramadan juga adalah bulan kemurahan, murah hati dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Namun, Ramadan bukan bulan pembaziran dan menambah daya nafsu serakah. Bulan ini kita berkongsi kebaikan, pahala dan keberkatannya. Jangan sampai dikatakan orang ?awak sajakah yang hendak buat pahala?? Ini pernah berlaku seorang yang mengaji al-Quran dengan pembesar suara masjid dihidupkan, sampai dinihari masih belum berhenti. Jiran tidak boleh tidur, sedangkan esok semua orang hendak bekerja, yang tidur siang dia seorang.

—————————————————————————————————————————