Ucapan takziah buat keluarga sahabatku Zarith Nadia

Standard

Semoga roh Aunty Dah , Helmi dan 4 orang yang lain dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yang beriman .. Amin ..

The STAR

Six die when car slams into lorry

KUANTAN: Six people in a car, including two children, were burnt to death after the vehicle crashed into the back of a lorry laden with scrap rubber and caught fire at Km194.1 of the East Coast Expressway near Gambang here.

Pahang Traffic Officer Deputy Supt Nor Azmi Isa told Bernama two of the victims were identified as car driver Mohd Zamak Shaari Mohd Zin and Zulkarnain Mohd Zin.

He said police were still trying to identify the other victims of the tragedy, which occurred at 2.45pm when the car was heading for Kuala Lumpur.

“The lorry was apparently moving very slowly due to the heavy load when the accident happened. .

“The car was pinned under the lorry due to the impact which sparked a fire. The victims could not get out to safety,” said DSP Nor Azmi.

A State Fire and Rescue Department spokesman said firemen took 50 minutes to put out the flame.

“We deployed two engines from Kuantan and Maran with 12 personnel,” he added.

Steven Yaw, 28, who witnessed the incident, said: “I panicked after seeing smoke and hearing an explosion. The car was in flames shortly after that.

“I dare not get too close to help the victims,” he said.

Utusan Malaysia

6 rentung nahas ngeri

Oleh Aizawati Ahmad

KUANTAN 27 Mei – Enam termasuk dua kanak-kanak rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh sebuah lori di Kilometer 194.1 Lebuhraya Pantai Timur, berhampiran Hentian Rehat Gambang, di sini hari ini.

Sewaktu kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, keenam-enam mangsa, dipercayai dari satu keluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta terbabit, Mohd. Zamak Shaari Mohd. Zain, 25, dan penumpang kereta, Zulkarnain Mohd. Zain manakala identiti empat lagi mangsa belum dikenal pasti.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Supritendan Nor Azmi Isa berkata, kemalangan dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu kereta mengawal kenderaannya.

“Pemandu kereta itu melanggar bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan getah sekerap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, rempuhan tersebut menyebabkan kereta itu terperosok ke bawah lori sebelum terbakar, menyebabkan mangsa yang berada di dalamnya gagal menyelamatkan diri.

“Hasil siasatan awal, kita mendapati pemandu lori tersebut dikatakan memandu kenderaannya terlalu perlahan sehingga menyebabkan pemandu kereta itu gagal mengelak lalu merempuh belakang lori berkenaan,” katanya.

Mayat kesemua mangsa katanya, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk dibedah siasat.

Nor Azmi berkata, pemandu lori tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di HTAA.

Sementara itu, jurucakap pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri yang ditemui di tempat kejadian memberitahu, pihaknya mengambil masa 50 minit untuk memadam kebakaran.

Katanya, sebanyak dua jentera Bomba dari Kuantan dan Maran dengan 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.
Berita Harian

KUANTAN: Enam sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak rentung apabila kereta yang mereka naiki hangus terbakar selepas merempuh sebuah lori membawa muatan getah sekerap di Kilometer 194.1, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, dekat kawasan rehat dan rawat (R&R) Gambang, petang semalam.
 
Sehingga jam 8 malam ini, hanya dua mayat mangsa adik beradik sudah dikenal pasti iaitu Mohd Zamak Shaari Mohd Zain, 25, dan Zulkarnain Mohd Zain, berusia dalam lingkungan 20-an, berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan, manakala empat yang lain termasuk dua kanak-kanak masih tidak diketahui identiti mereka.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Norazmi Isa, berkata usaha mengeluarkan semua mangsa dilakukan lebih lima jam dan mangsa terakhir iaitu Zulkarnain dikeluarkan pada jam 7.10 malam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 petang, apabila kereta dinaiki sekeluarga itu dalam perjalanan dari sini ke Kuala Lumpur merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan getah sekerap.

“Rempuhan itu menyebabkan kereta terbabit terperosok ke bawah lori sebelum terbakar menyebabkan mangsa yang berada di dalamnya tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya di sini, semalam.

Norazmi berkata, 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Maran bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 2.37 petang.

Beliau berkata, anggota bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian jam 2.45 petang sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira 50 minit kemudian.

“Usaha mengeluarkan mangsa agak rumit kerana kereta yang terperosok di bawah lori terbabit terpaksa ditarik keluar sebelum usaha mengeluarkan mayat mangsa dilakukan.

“Pasukan penyelamat mengambil masa lebih lima jam mengeluarkan semua mangsa. Setakat ini, kita hanya kenal pasti dua orang, manakala yang lain masih disiasat,” katanya.

got this from savoc forum (savvy owners club )

Standard
Dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini… kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..

sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up  lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah $100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

Jawapan kepada surat ayang……

dear ayang,

bukan lah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti..
ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan …abang gi keja…
lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k.. ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat
jugak..sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas.. setiap kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan
ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu…pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri
nak morning kis cam mana..
dah laa ayang.. abang malas nak citer.. tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam
kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar
kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe..
jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun
jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu
baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana….tgk laa sendiri gambar tu..
ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita
jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang

10 Peribahasa Moden

Standard

Goit it from friendster ..
lawak la plak .
darh lama x tgk paper BM ..

1. Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknernyer: Dua orang yg pantang bertemu…
asek nak beromen aje.

2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik
jugak dia hinggap.
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu… kalau
dia berenti… . akhirnya dia gerenti start balik
punyer.

3. Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah
masok ke sukan Olimpik.
Maknernyee : Jangan macam bagus… .pasal yg
macam bagus tu selalunya tak bagus.

4. Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknernyee: Kalau surat beranak dah letak nama
orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh
plak… … be proud of what you are.

5. Seperti mencurah air ke jamban tersumbat
Maknernyer: Kalau dah beribu kali flush itu bender
tak clear jugak… ..pergi panggil plumber
lah… ..or… .kacau sampai hancur and try flushing
again, another way is to kutip satu-satu dan buang
tempat lain. (Eeee… .. GELI)

6. Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh
bau busuk?
Maknernyer: Ada orang kentotlah tu…

7. Seperti kacang luperkan nama.
Maknernyer: Orang yg tak sedar diri… .tak kenang
jasa baik orang yg muler-muler mempopularkan
dia.

8. Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer: Jgn sangka yg dok berdua kat tempat
sunyi tu 2 tu jer… .check betul-betul, mesti ader
sorang lagi kat bawah ke… .tengah ke… baring ke.

9. Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknernyer: Kalau dah mati pucuk camner nak
dapat anak?

10. Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer: Nasib malang yg tak agak-agak.

Debate -IIUM

Standard

Hoohohoho..
friday ago there was a debate conducted in UIA and of course i went there .

After perform my jumaat prayer , my mom sent me to ktm station and fron there I went to KL Sentral and went to Putra by lrt .
Pas2 wait cam org bodo .. tggu CAT amik aku .. Dier kater ar yg dier akan amik aku pkl 4 dan masa sampai terminal putra tue i was like late dalam 15 minutes so aku igt dier tunggu aku .. last2x dier antar msg yg lagi sejam dier akn sampai .. so aku cakap “watafak !!? ” sampai pkl 5:30 aku kol dier kater still salah lagi jalan (he got no sensed of direction btw) so pkl 6:10 camtue ar baru amik aku sambil drop Syifa’ kat situ ..

pas2 bler CAT darh amik aku si Zahin plak baru sampai station tue so terpaksa la patah balik .. huhu .. Then straight to UIA

The place is HUGE GILA BABENG WACAKAPSAMALU
sampai aku ngan cat sesat more than 3 times cari parking .. huhu ..

actually debate tue berakhir esok tp aku darh balik semlm by KTM Rawang and thx to cat sbb drop aku kart TMN TASIK SELATAN . reason balik awal..aku ada interview keje which is this morning and I GOT THE JOB ! Woohoo ..
Cat plak ada interview laen dan pg td aku kol dier , dier kater OK jer .. so . hopefully ko dapat la erk .. N congratz to u n sya coz dpt matrik .. x luper jgk kart pasangan ideal kiter WANi n Zizul .. ngehehe ..

nk gmbr masa kart iium ? Huhu ..
jgn jeles erk ..


From left – Muno , Cat , oDin
Ziera , Ayu , Nawa

Yg kiri sekali tue daku tidak kenal anda .. Mtk maaf erk .. 😛