Apa yang aku belajar dari dia

Standard

Conversation ni berlaku kira – kira 3-4 minggu yang lepas . Just want to share with you guys.

X : “Kenapa En suka kerja yang En ada sekarang ni ? Kenapa tidak bekerja dengan industri ? Saya hairan kenapa system analyst atau project manager yang dah handle segala project besar – besar end up bertukar kerja pekerjaan yang En buat sekarang ini . ”

Y: “Saya sebenarnya lagi suka kalau kerja dengan Industri. Tapi saya percaya kepada rezeki . Saya dahulu pernah kerja di Kuala Lumpur. “

X : “Ouch .. KL ! Saya tak suka kalau kerja kat KL .. Jam !! Buang masa jer kalau saya kerja kat sana . I will end up spending more than 2 hours just nak pergi dan balik. ”

Y: “Saya dahulu kalau kerja akan datang awal . Lepas subuh terus bertolak dan selepas maghrib baru balik sebab saya pun tak suka Jam.”

X : “I dont think En akan dapat OT atau elaun lebih sebab stay back lama. ”

Y : “Sebab itu majikan saya agak susah nak lepaskan saya bila saya terpaksa bekerja di Melaka. Kadang – kadang kita kena kerja bukan sebab gaji dan duit. Saya tak kisah .. “

X : “Then kire halal jerk la En kerja lewat malam .. bukan dapat gaji lebih pon .. ”

<< and the conversation went on .. though I don’t remember apa soalan yang seterusnya X tanya kepada Y >>

Y : “Jangan sesekali kamu abaikan orang yang mintak tolong dengan kamu. Saya masa belajar dulu saya kadang – kadang lambat hantar assignment . Bila lecturer tanya , saya akan jawab saya tolong kawan saya jadi Lecturer saya tidak akan ada masalah nak bagi masa lebih. Saya selalunya utamakan orang yang mintak tolong dengan saya. Saya bukan tolong jawab kan tapi sekadar bagi kawan saya faham apa yang mereka tidak faham . Selagi ada kawan saya mintak tolong , saya akan sentiasa tolong mereka dari buat kerja saya ..”

<< Ini jerk yang aku mampu ingat .. apa – apa pon , X belajar banyak perkara tentang tanggungjawab dan juga rezeki dan takdir dari si Y.. >>

Y merupakan salah seorang yang sangat – sangat X hormati ..aku harap X akan sentiasa ingat pesanan Y.

X = aku

Y = En Hj Suhaizan Mohd Sulong – Head of department Software Engineering

Post ini dedicated utk beliau kerana 2 minggu xde kelas dia sampai raya .

Tape Hassan Bakar

Standard

After reading this entry by Noktah Hitam , I noticed  he has a subdomain which he called it tape. So I decided to try Opentape and uploading some songs.

All the songs that I uploaded is the song that I currently really addicted to ..  and I recommend you guys to listen Hujan – Dugaan Nya , Boneca – Cela , Laila’s Lounge – Mawar Khayalan and lastly Phlowtron – Oh Cinta.

Enjoy ..

http://tape.hassanbakar.com/

I’m waiting ..

Standard

Aku masih menunggu ..

  • duit elaun dan duit pendaftaran semasa Th3 C0d3 dari UTeM ..
  • semua project dan assignment habis dan selesai ..
  • hari raya yang akan tiba .. x sabar nak berjumpa dengan saudara – saudaraku di muar dan ipoh.
  • hari habisnya semua peperiksaan semester ini
  • Java Course semasa cuti sem .. dah x sabar nak belajar JAVA ..
  • Menyiapkan mobile application untuk pertandingan akan datang .. still figuring out the best solution regarding XML 
  • menunggu aku habis diploma dan sambung amek ijazah di UTeM 
  • masuk ke alam pekerjaan .. either join Flavert atau kembali ke diBase atau bekerja menjadi freelancer .
  • perempuan yang sudi menerima ku dan menjadi teman istimewa ku
  • Kahwin .. kerja .. buat anak .. kerja .. buat anak .. jadi bapak .. dan akhirnya berkahwin lagi (jika perlu)
List yang terakhir menunjukkan bahawa aku menulis entri ini dalam keadaan yang lapar .. dan tidak mampu berfikir dengan waras .. oleh itu sila abaikan .. 
>> dir brain:
study
tido
cuci mata melihat profile xxxxxxx
programming
>> exit

Yik ?

Standard

Hari ahad adalah hari untuk kita membalas apa yang terpendam. Akibat tidak tidur walaupun dah sampai ke rumah selepas majlis berbuka puasa semalam , boleh pulak aku layan video tutorial untuk drupal dan juga membuat blog entri yang sebelum ini.

Selepas sahur di pagi ahad .. aku masih belum tido ..pukul 10 baru rasa berdenyut – denyut kepala hotak aku jadi aku pon melelapkan mata pada tengaharinya . Bangun jerk alam keliling aku gelap gelita. Dah pukul 8 malam rupanya. Dasar burung hantu betul ! (Adik – adik , jangan ikut apa yang abang ini buat. Tidur berlebihan di waktu siang bulan ramadhan boleh makruh dan some say puasa anda batal .. i’m not sure siapa yang cakap benda nie )

Aku bergegas ke laptop dahulu (bukan nak pergi carik air untuk berbuka dulu ) .. ramai yang tegur kt YM dan tidak berbalas .. aku pun secara pantas membalas sambil mengorek hidung (kira dah bukak la kan puasa aku tuh) .. check email dan juga blog aku. Aku sungguh terkejut melihat traffic yang datang tidak semena – mena dari blog Noktah Hitam . Woot !

Selepas berbuka membaham Spagheti yang dikukus masak oleh ibu ku , aku sambung membuang masa di hadapan komputer .

Di waktu pagi – pagi buta , Cik Azhani atau lebih cun nya dikenali sebagai Aniely menegurku tentang suatu perkara. Dia berasa sangat down (sila lihat entri dia) dan sangat kosong dan tertekan akibat kerja yang harus di submit keesokan harinya. Ada ke patot dia mintak aku check kan report yang dia kena buat . Agak jenuh la membaca 17++ page sambil memberi komen yang tidak bernas. Abis la awak .. Memang silap besar la awak mintak tolong kat saya yang dapat B3 dalam matapelajaran BM masa SPM dulu .. hik hik ..

Tolong punya tolong .. perkataan “yik” sering terkeluar di skrin ym aku dan dia. Sampai aku suruh dia berhenti cakap “yik” sebab macam ayat itu boleh membuatkan aku rasa terfikir sesuatu yang gross giler ..

Akhirnya .. pada pukul 6 pagi (ketika blog ini ditulis) , dia memberitahu bahawa dia sudah pon hampir menyiapkan kerjanya.Kepada Cik aniely , semoga berjaya dan sukses dalam presentation anda nanti yer ..

Dan tinggallah aku seorang diri mengemas – ngemas untuk bertolak ke melaka lima minit lagi . Doakan aku selamat sampai . Kelas aku hari ini bermula pada pukul 9 subject Software Engineering yang di ajar oleh Pn Massila.

Kepada lelaki di luar sana .. sila jangan ganggu Cik Aniely sebab … dia gf aku

HAHA .. kena tipu .. terima kasih extremist thinker kerana method anda mengenakan pelawat blog anda sangat sempoi.