Server DOWN !!!

Standard

Dimaklumkan bahawa aku telah dihalau dari hosting hushed-whispers.net .
Hurm..Sebab dibuang adalah kerana tidak update website aku..

So ,
AKU BENGANG AR !!
Padahal ada orunk masuk forum aku suma..
Dan terpaksa larh aku install balik forum aku (yg amik masa kira2x dua jam psl nak edit php lagik..)

dan aku x bersalah..Aku update kart bahagian folder php dan bukan html so dier ingat aku x update.

Walau apa pun alasan yg aku bagik , dier x akan terima ..
So , aku akan host kart web hosting baru (free..) dan low quality sikit..
So , sabar jerlarh yerk ..

Still lagik tgh register dan install apa2x yg patut..
diharap dpt tunggu sebentar.. (2-3 ,inggu lagik kot..Tahaha !!)
sabo jerkla..

Prince Of Tennis ? SEKOLAH ? Linkin Park ?

Standard

Mood : Excited psl skool bukak ..
Music : Sakura… (prince of tennis ending 6 )
Yea !
aku darh tau cara nak buat American Twist (kick ) Serve.
Bapaknyer !!!
Susah giler !!!

Dan beberapa links utk Prince Of Tennis..

http://x.kirika.net/index2.htm
http://anime.therisenrealm.com/ost-princeoftennis.html#Prince_of_Tennis
http://www.animechains.com/princeoftennis/

dan aku akan bz dgn kerja aku menjadi wakil tingkatan form 5 utk umah satria.
Harap2x larh menang thn nie psl thn nie adalarh last year utk aku.
Dan x lupa kata2x semangat yg diberi oleh cikgu Zulkifli (ajar aku ICT) dan juga Cikgu Ngapan (ajar aku sejarah tyme aku form 3) …

TAK MENANG TAKPER TAPI JANGAN KALAH

Oh ?
Aku luper nak citer psl social life aku kan?
Tehehe…
Xperla..
X yah la kowrank nak tau..
I’m quite fine rite now ..
WAHAHAHA !!
(lawak giler )

Hurm..
X sangka ada ….
Aku jadik sad balik.
Hehe..
Dan lama x gayut ngan org..
Nak aku kol ?
Sowie..
Nanti kena fire ngan bapak aku lagik..?
Sapa nak gayut ngan aku just kol aku ..Hehe
jahat la plak aku nie..

anyway , psl anime … Done..
psl Skool … Done..
apa lagik yerk ? !!

Ahha !!
Lupa nak bagi credits kart Sheera psl selalu kol aku dari Penang . macam2x dier citer..Tapi suma psl dier larh..hampesh btol…

cth..

“hassan , ko tau x .. aku kan …bla bla bla..”
“HAsSAn , ko dengar x nie..aku kan.. bla bla bla..”

Aduhai..
Sabo jerkla..
Anyway , bagus gak dier kol aku..
Xder ar aku rasa keboringan..

Bukan aku annoy ngan dier cuma aku…
PISS ME OFF !!!
Xder la..Guraw ar sheera..aku x marah..aku ske ko kol aku..

And I’m wonder apa yg terjadi pada ridhuan setelah Sheela darh pindarh ?
Hurm…
Aku cuak giler la plak..
Ridhuan kalo serius blaja , Wani ngan Aliah pon gerenti kalah.
Cuma dier still memain kot..
Hehe..

Dan sekarang nie aku masih lagik belajar VB 6.0
Susah giler..
EH silap..senang cuma..kena hafal la diernyer script..

ya Allah !!
Saba jerk .
Darh la aku x baca / hafal lagik pasal agama (semua bhgn akhlak ngan tokoh islam spt Ibnu Sina-Hamka).
nak kenal hapal lagik code utk VB..
Code html pon aku darh lupa..
Fenink2x..
kan besh kalo manusia punya memory x luput …
Tp x besh gak..Nanti aku akan teringat benda2x yg x sepatutnyer aku ingat..

How about aku citer psl cikgu2x aku..
Hurm..

Agama-Ustazah Putri

Dier ajar besh..cuma..suka kutuk laki..jahat giler..Panas jerk aku..Tapi lawak dier mmg lagi besh ngan lagik hambar larh dari Ammar..Tehehe..Dan dier juga guru penasihat badminton..So , aku kenalarh begging kart dier utk masuk kelab Badminton..

Sejarah-Pn. Annapoorani

Hurm..Dier menggantikan cikgu apa ntah utk sementara..
Dier ajar besh sbb semua pelajar akan takut ngan dier psl garang.
But I change my perspektif..
Walaupon garang dan cara dier mengajar cam membuatkan pelajar cuak giler , apa yg dier ajar suma masuk dlm kepala hotak aku…

So , apa yg aku buat tyme hari sekolah !!?
Bangun , solat , mandi dan gi skool..
Balik dan solat.
TIDO !!!
Bangun tyme asar ..
Pas2 pkl 5 Setengah amik adik aku si hussein kart skool rendah…
Pas2 tyme mlm belajar la..sampai pkl 11 atau 12 aku blah la nak masuk tido..

Habit aku tido petang telah dtg kembali..Hehe..
Yahoo !!

Dan aku br perasan yg web frenster darh bertukar menjadik cantik dan cepat sikit..
But still..
TESTI AKU MANA !!!?
hampesh tahap cipan (gabungan cicak ngan lipan..aku rasa ler..)

I’m a big fan of LP .so ..
Aku darh dl hampir suma lagu Linkin Park ngan Jay Z album collision Course cam numb/encore , izzo/in d end , dan mcm2x lagik..

aduhai..aku blur lagik..
Babai !!!

Kata 2x Hikmat got it form Myrakan..

Standard

1)Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas.Kita adalah kapal yg belayar dilautan
telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan
layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka
belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi.

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu
adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33) “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”

34) “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.”

37) “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38) “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

39) ” Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

40) ” Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

42) ” Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

43) ” Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

44) ” Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

45) “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

46) “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47) ” Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”

48) “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak berteman..”

49) ” Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka
ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya
maka ia tidak akan mempedulikanmu”

50) “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri”

51) “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52) “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

53) “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”

54) “Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”

55) “Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”

56) “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

57) “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58) “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma.”

59) “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah.”

60) “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

61) “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik.”

62) “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.”

1st Week Of School

Standard

Ok..
Bangun awal pas2 gi sek.
Dan , lepas gi perhimpunan Cikgu Zaki panggey aku dan tunjukkan kelas aku yg baru.
Dan aku nak betulkan sikit masalah..Kelas aku dipanggil 5 STM dan bukan 5 ST/TM ..Aku x tau sbb apa..Tapi setahu aku 5 STTM…
LOL

Anyway , aku br dpt tahu yg cikgu zaki (ajar add math thn lepas dan thn nie jugak) adalah guru kelas aku yg sementara menggantikan Cikgu Norlida yg menunaikan haji.Bulan 1 baru balik kot.

Dan ntah camner aku dilantik menjadi Ketua Kelas (bukan nak poyo aper..Just bgtau jerk..hehe).
Nie suma budak2x aku punya psl la nie gi sebutkan nama aku..
dan aku br jerk menghadiri meeting utk majalah..Aku jadik senior dlm bhgn Ko-ku ngan Foto..Hehe..
Bleyh la ragging budak Junior..
Hehe

Dan semalam merupakan hari pendaftaran ko-kurikulum.
Dan cam biasa aku masuk Kadet bomba dan aku ada buat pertukaran sikit.
Disebabkan aku darh terpengaruh oleh Prince Of tennis nyer anime , aku masuk la tennis dan juga Badminton.Dan juga cam biasa kelab komp yg x aktif thn lepas.Haha

Hehe 🙂

Anyway ,tu jerlarh kot..dan aku rindu gielr kart member chat aku..anyway , bye..
HAHA

2005 .. I’m ready !!!

Standard

So ,
dgn sedihnyer aku nk bgtau yg aku darh x ley nak on9 selalu dan itu bermakna aku darh x ley la nak update lagik blog aku nie dan juga web aku yg baru aku nak start tue.

Waa !!!
ehhem..
Abaikan ..
anyway ,
Aku skunk darh giler dengar lagu artist jepun cam Orange Range ngan V6.
Besh ar plak..
Thx to maisarah psl gimme lot’s of japan song.

Kart blog aku nie aku nak letak lagu anding ngan edlin tapi x ley nak letak kart server aku..Dier cam stuck..Hampesh btol..

Anyway ,
Aku akan hilang skill menaip aku yg pantas pasal aku darh x ley sgt nak on9.
Dan I REALLY MISS ALL MY CHAT FRENZ..
Pjg sgt list aku hehe..
So x yah la aku nak tulis nama2x kawan aku yg sellau aku chat..
Dan disebabkan ada lebey kurang 40 lebih contact kart Yahoo instant messenger aku , aku darh x kenal darh sapa..

Aku kena tanya nama dulu..Hehe..SOWie la..Aku x ley nak ingat sumer nama..Susah ar..Nanti kang biler darh abish SPM dan aku chat balik nanti kang , aku darh x ingat langsung darh..HUhuhu..

Aku nak webcam..Tehehe.Kowrank nanti bleyh la nampak muka aku yg x hensem nie..Hehe
Dan kepada FORUM meber , silakan masuk dan terus post psl kowrank darh boleh nak buat apa2x psl aku darh x lagik nak kaco kowrank sumer.Erm..Jgn buat kecoh darh ler..

Ok la..CHOW !! Aku nak SKOOL !!!
BYE>>SAMEKOM>>SAYONARA>>DAN THX PSL MEMBACA BLOG AKU YG X BESH NIE