oDiN Weblog
The L33T PR0GR4MM3R – in the making … ('^_^')
The L33T PR0GR4MM3R – in the making … ('^_^')
Jan 5th
CakePHP – merupakan PHP framework yang aku guna sejak bekerja dengan AIST . Sebelum ini aku hanya mempunyai pengalaman menggunakan CodeIgniter.
ACL – ACL adalah singkatan bagi access control list . Contoh acl adalah memberi akses kepada admin untuk melihat semua profil user manakala user biasa hanya boleh melihat profil sendiri. Dengan kata lain , ACL adalah cara untuk tentukan kau adalah siapa , dan apa yang kau boleh akses.
Sebelum ini aku hanya mampu membuat ACL sendiri yang sangat simple . Setelah menggunakan CakePHP selama 4 bulan akhirnya aku berjaya mengikut tutorial ACL yang ada di cookbook (termasuk memahami conceptnya sekali). Walaupun mengikuti semua arahan , tutorial tersebut ada flaws jadi jangan lupa untuk membaca komen dari orang lain.
Selepas mengikuti tutorial tersebut , pasti anda ingin membuat function yang paling simple untuk extend tutorial tersebut seperti user registration dan terima kasih kepada CakePHP Bakery sebab ada tutorial untuk cara menggunakan ACL .
Kepada yang pemalas nak mampus untuk ikut tutorial tersebut , dengan berbesar hatinya aku share apa yang aku dah buat
Jan 4th
This is the first entry for 2010 ..
just to let you guys know i am still alive .. and still busy with my life ..
will update and write more soon …
Dec 21st
ye … saya benci dia ..
dahulunya .. saya hidup tanpanya ..
saya rasa gembira dengan kehadiran yang lain
tapi kini .. beberapa ketika dahulu aku diperkenalkan ..
walaupun tidak diminta .. dan tidak juga dipaksa ..
aku tersipu – sipu malu ..
dia memudahkan ku ..
dia menyenangkan ku ..
dia membuat diriku rasa .. yang aku boleh buat segalanya bersamanya ..
tapi .. akhirnya ..
aku benci dia ..
ya .. dia ..
dia yang suka melambatkan perhubungan ini ..
dia yang suka membuatkan otak ku penat memikirkan segala macam hal ..
heh .. aku benci dia ..
SAYA BENCI CAKEPHP ORM .. argghhhhhhhhhhh
p/s : dulu masa gune CodeIgniter tak pernah gune ORM .. gune Active Record je
p/s lagi : walaupun ORM mempercepatkan development .. akhirnya application akan jadi slow bile dah terlalu banyak sangat data dan table yang telah di joint
p/s : entry tekanan jiwa dan emo sempena mengupdate WordPress 2.9 ^_^
Dec 21st
Harini sangat penat kerana ayah mengajak saudara untuk makan – makan di rumah .. . menyambut kepulangan dua saudara yang pulang dari menunaikan haji.
Biasanya jika balik kampung di Ipoh , ayah yang selalu in charge membakar untuk membuat BBQ .. biasalah .. nama pon Abu Bakar
Tapi kali ini , aku ditugaskan untuk membuat BBQ .. SANGAT KALUT .. walaupun penat .. it’s a new experience for me yang jarang spend masa membuat kerja – kerja lelaki .. macam tukar tayar .. tukar paip .. etc .
Seperti biasa .. setiap kali family gathering .. ibu saudara yang mengenali si dia bertanya ..
“apa jadi sekarang ni ? In a relationship ke out of relationship ?”
begitu juga dengan bapa saudara yang dahulu pernah terkantoi melihat gambar ku dengan dia dalam keadaan sangat dekat di handphone …
“apa jadi dengan girlfriend tuh dulu ? masih lagi ke ? ”
Sudah hampir 3 tahun lepas tapi mereka masih ingat yang aku pernah bercinta .. tapi .. diorang tidak tahu aku sudah lama give up dengan si dia .. dan juga status ku yang sudah lama basi ..
mungkin sebab kali terakhir mereka bertanyakan status ku adalah 3 tahun lepas .. dan mereka bertanya sekarang dengan andaian aku masih bersama dengan si dia lagi ..
aku hanya mampu berkata tidak dan senyum .. apa yang lepas biarlah lepas .. yang mendatang jangan biarkan terlepas ..
persoalan mereka menyebabkan aku mengingat kembali … tapi seperti tahun lepas semasa aku sudah recover sepenuhnya .. langsung tak rasa apa – apa ..
Dan aku masih lagi bersyukur dan tersenyum dengan pilihan hidupku … UTeM ..
Aku hampir – hampir ke Universiti lain hanya semata – mata kerana cinta . sedangkan aku tahu aku tiada masa depan yang baik untuk kerjaya ku jika ke sana berbanding dengan pilihanku sendiri ..
Tapi .. apa pulak akan terjadi jika aku pergi mengikut dia ?
Kini .. aku masih mengejar cinta lain .. walaupun pahit .. akan ku teruskan .. selagi masih ada peluang .. dan cinta .. tapi . tak pula ku berani suarakan keadaan ku sekarang dengan ibu / bapa saudaraku .. biarlah …
p/s : si dia = ex gf ..
Dec 8th
Baru selesai balik dari UKM untuk acara pertandingan programming ATURComp 2009.
Mendapat tempat 12 dari 32 kumpulan dan berjaya menjawab 3 soalan dari 10 soalan ..
Dan seperti biasa team noobies adalah terdiri dari saya dan juga Nik Muhd Rizwan.
4 jam yang pertama sangat lah dull .. langsung x bersemangat .. walaupun dah berjaya menulis coding untuk 3 soalan tapi asyik di reject oleh sistem .. masih tidak diketahui punca mengapa jawapan kami salah .. setelah bersabar dengan kerenah + maki hamun x tentu pasal .. akhirnya selepas beberapa fix , akhirnya satu demi satu soalan kami diterima oleh sistem ..
PENGAJARAN dari pertandingan ini .
Terima kasih En Sanusi kerana mengiringi saya ..
Terima kasih UKM kerana pertandingan ini ..
Terima kasih kepada rakan seperjuangan Nik..
Terima kasih FTMK ..
Terima kasih sifu – sifu programming saya .. Mr Wai Hing .. En Amran .
Terima kasih lecturer programming saya .. Pn Mashanum .. Cik Ida .. Pn Zahriah .. En Sanusi .. Mr Spuuh !!! ^_^
Terima kasih semua !
La la la la …
p/s : pertama kali guna JAVA untuk pertandingan programming .. sebelum ini hanya rely on C++. T_T