oDiN Weblog
The L33T PR0GR4MM3R – in the making … ('^_^')
The L33T PR0GR4MM3R – in the making … ('^_^')
Feb 2nd
Akibat pernah menggunakan mouse ini .. aku rasa sangat tertarik gile so tanpa melengah masa aku mencari sekitar melaka ..
Pergi :
stygix – takde
Viewcomp – takde
Computer World – takde
Then lepas minum petang dengan office mate .. aku pergi pula meneruskan pencarian mouse yang hebat dan lazat ini di bandar melaka.
Sampai di Dataran Pahlawan , melilau aku mencari tempat bahagian digital .. aik .. dah jadik tempat makan dan tempat menjual coli dan baju perempuan …
Aku pergi kt kaunter pertanyaan .. hampa .. kedai komputer dan handset yang berselerak tu dah takde .. tinggal 2 kedai komputer kat atas Carrefour je ..
so aku teruskan perjalanan .. naik eskalator satu satu smpai tingkat 4 ..
Dua2x kedai tu pon takde jugak
Terus dari hujung Dataran Pahlawan aku bergegas ke Mahkota Parade pula..
hanya ada satu kedai komputer disitu (bawah tempat cinema dulu) .. pon takde jugak …
carik kat melaka raya .. semua kedai komputer dah tutup sebab dah hampir pukul 9 malam .. Pergi pulak ke Jusco .. takde jugak .. baru nak singgah kedai komputer dekat MMU tapi dah tutup ..
hasilnya ? tiada hasil ..
pftttt ..
footnote : Korang mesti rasa apasal aku sanggup bersusah payah ? .. sebab selagi aku rasa aku nak benda tu .. aku akan sanggup buat apa sahaja sampai dapat .. sekadar buang minyak RM5 .. dan penat ? priceless .. dengan adanya mouse tu dijangka produktiviti aku akan meningkat sebanyak 20 % ..
footnote 2 : selain daripada tu .. aku ada jugak bersusah payah untuk mengejar cita – cita lain .. so far .. masih belum nak give up .. banyak je benda aku dah korbankan .. tapi masih belum ada hasil ..
footnote 3 : hati tengah panas .. so saje nak tambah kan panas lagi dengan berjalan – jalan mencari benda yang agak mustahil nak jumpa .. saje .. aku suke .. ada kau kesah ?
Feb 2nd
Currently I’m working on some community project with asx . I’m using CakePHP + facebook connect + other cool stuff to make sure this project success .
This is my first time co working together with him (and also my first community project) and hopefully we can make money with this project , marry with women of our choice and die happily ever after .. T___T
status : currently migrating design (xhtml + css) to cakephp … most of the CRUD is already done thanks to ‘bake cake all’
footnote : I keep on asking myself why do I need to post teaser entry for my project … for me , you will finish what you started no matter what since you already announced it to everyone … they will keep on asking how do the project go .. and that is the pressure that I’m looking for
footnote 2 : Not gonna waste my time doing bengkel 2 or psm project > 2 months .. Might using this project again in the future .. ^_^ Kill two birds with one stone ? yes it is ..
Jan 25th
Saya sakit hati dengan diri saya ..
disebabkan sikap saya .. harini rasa macam nak mati
saya tidak dapat register satu subjek iaitu Software Testing .. ye .. salah saye sebab nye … entahlah ..
PENGAJARAN !!!!
jangan hanya rasa malas nak register pada minggu itu juga (yakni 3 hari diberi peluang .. sebab kelas hari selasa dan rabu .. saya ada 3 hari pada minggu subjek itu konfirm sudah ditawarkan tapi saya tetap x pergi jugak jumpa PA saya) ..
akhirnya .. padan muka saya .. adakah sem ini saya hanya ambil 4 subjek ? T___T
*tolong .. i need help .. anybody … please .. saye tahu saye banyak menyusahkan FTMK … sigh .. *
*semalam muntah dua kali … harini pergi kelas mcm zombie … tekanan emosi ? ye .. rasa sangat tertekan .. seperti hilang sebelah nyawa .. nyesal dah x berguna sebab diri sendiri cari pasal jugak *
* pertama kali saye call lelaki itu dan bertanyakan perkara sebenar .. saya mintak maaf jika saya maki / marah dan berlaku tidak sopan pada anda .. i deserve a punch or two .. *
*masih tak sehat lagi .. *
*25 jan 2010 – 1:21 PM .. mari pergi kelas distributed seperti tumbuhan yang dahagakan air *
Jan 21st
Pertama kali aku bawak kenderaan yang tiba – tiba berhenti akibat tidak mengisi minyak motor …
luckily waktu itu pada pukul 3 pagi dan memang ada niat tibe – tibe rasa nak isi minyak waktu tu .. ade la mati dalam 200 meter dari Shell Ayer Keroh .. so sorong pon x sempat nak berpeluh ..
// saje tulis kat blog .. pengalaman pertama la katakan … padahal dah bertahun bawak motor ..
// ada je duit nak isi minyak tapi malas nak isi walaupun terang – terang meter minyak tunjuk minyak nak abis .. malas punye pasal .. ^_^
Jan 10th
Sepatutnya sem ini saya tidak menjangkakan lightning talk akan berlaku .. kerana kekurangan orang yang ingin memberi “talk”.
Lightning talk seharusnya menjadi tempat pelajar ftmk utem mencurahkan segala idea / info yang mereka tahu kepada pelajar lain. Seperti “show and tell“.
You hate Internet Explorer ? You know how to hack png and reset css ? You know how to bypass torrent ? Any bengkel projects you want to show ? Or you want to do a survey and get a responds easily ? It could be anything ..
Tapi malangnya .. segala usaha saya sejak 2 sem lepas tak mencapai sasaran ..
Sebagai orang yang bertanggungjawab menjalankan sesi ini .. (dibantu oleh Abang Chang) .. apa yang saya dapati :
Pasal benda ni .. ia terpulang pada pensyarah tersebut .. dan saya amat berterima kasih kepada En Sanusi kerana mewajibkan student beliau yang mengambil subjek AOA (analysis of algorithm) untuk menghadiri Lightning Talk .. jika tidak saya rasa pelajar yang datang hanyalah dalam 10 orang. Walaupun begitu , saya ada dengar student merungut kerana dipaksa datang ..
kesimpulannya .. mereka hanya melihat “dipaksa datang” , “dipaksa memberi talk” .. dipaksa .. dipaksa .. dipaksa ..
<rant>
Entri ini dibuat kerana ada lecturer yang GIVE A DAMN mengenai sesi ini dan menganggap ligthning talk amat penting untuk student ftmk utem itu sendiri .. walaubagaimanapun .. saya berkeras untuk tidak mahu menjadi person yang in charge kerana saya sudah give up dengan kebanyakan pelajar ftmk sendiri .. mereka tidak mahu menolong diri mereka dan masih lagi ingin disuap .
Buat Java Stream tak nak datang.
Buat Infosys Foundation Programme tak nak datang ..
3P anjuran prestariang pon tak nak datang ..
Fakulti banyak anjurkan pertandingan dan aktiviti dan kalau dikenakan bayaran pon ia pasti sangat berbaloi tapi akhirnya student sendiri tak mahu ambil peluang ..
Korang jadi je la student yang datang kelas .. amek exam .. dapat diploma dan degree dan akhirnya bekerja yang tiada berkaitan dengan IT atau pergi ke temuduga dan akhirnya tidak dapat menjawab soalan oleh bakal majikan “apa beza post dan get method ” .. sheesssshhhhhhhhhh ….
</rant>
** Ligthning talk sem ini masih dalam perbincangan .. tunggu dan lihat !!!
** saya harap FICTS dapat ambil alih .. saya hanya mampu untuk berkongsi ilmu saya kepada pelajar lain .. bukan untuk mencari orang dan memaksa orang memberi talk ..
** hanya mampu berharap tidak ada unsur paksaan kali ini dan hanya ada pelajar suka rela yang tahu pengetahuan di dalam kelas tidak mencukupi untuk alam pekerjaan dan sanggup untuk belajar lebih lagi ..
- there is a way they teach you in books .. and there is a way they teach you in class .. but sometimes you need to do something ”the right way” that is not taught in books and classes .. and Lightning talk will teach you that !