Apa yang aku belajar dari dia

Standard

Conversation ni berlaku kira – kira 3-4 minggu yang lepas . Just want to share with you guys.

X : “Kenapa En suka kerja yang En ada sekarang ni ? Kenapa tidak bekerja dengan industri ? Saya hairan kenapa system analyst atau project manager yang dah handle segala project besar – besar end up bertukar kerja pekerjaan yang En buat sekarang ini . ”

Y: “Saya sebenarnya lagi suka kalau kerja dengan Industri. Tapi saya percaya kepada rezeki . Saya dahulu pernah kerja di Kuala Lumpur. “

X : “Ouch .. KL ! Saya tak suka kalau kerja kat KL .. Jam !! Buang masa jer kalau saya kerja kat sana . I will end up spending more than 2 hours just nak pergi dan balik. ”

Y: “Saya dahulu kalau kerja akan datang awal . Lepas subuh terus bertolak dan selepas maghrib baru balik sebab saya pun tak suka Jam.”

X : “I dont think En akan dapat OT atau elaun lebih sebab stay back lama. ”

Y : “Sebab itu majikan saya agak susah nak lepaskan saya bila saya terpaksa bekerja di Melaka. Kadang – kadang kita kena kerja bukan sebab gaji dan duit. Saya tak kisah .. “

X : “Then kire halal jerk la En kerja lewat malam .. bukan dapat gaji lebih pon .. ”

<< and the conversation went on .. though I don’t remember apa soalan yang seterusnya X tanya kepada Y >>

Y : “Jangan sesekali kamu abaikan orang yang mintak tolong dengan kamu. Saya masa belajar dulu saya kadang – kadang lambat hantar assignment . Bila lecturer tanya , saya akan jawab saya tolong kawan saya jadi Lecturer saya tidak akan ada masalah nak bagi masa lebih. Saya selalunya utamakan orang yang mintak tolong dengan saya. Saya bukan tolong jawab kan tapi sekadar bagi kawan saya faham apa yang mereka tidak faham . Selagi ada kawan saya mintak tolong , saya akan sentiasa tolong mereka dari buat kerja saya ..”

<< Ini jerk yang aku mampu ingat .. apa – apa pon , X belajar banyak perkara tentang tanggungjawab dan juga rezeki dan takdir dari si Y.. >>

Y merupakan salah seorang yang sangat – sangat X hormati ..aku harap X akan sentiasa ingat pesanan Y.

X = aku

Y = En Hj Suhaizan Mohd Sulong – Head of department Software Engineering

Post ini dedicated utk beliau kerana 2 minggu xde kelas dia sampai raya .

10 thoughts on “Apa yang aku belajar dari dia

  1. @boss
    huhu .. sifu .. x sangke u bagi komen jugak .. 😛 mane ada polish .. dah mmg i respect kt dia ..

    @callister
    best ? seksa weyh kelas dier xder .. he is a really busy men .. ntah btol ntah tidak report yang kitaorang kene buat . nak booking dia untuk jumpa pon susah sbb dia ketua jabatan

    @munirah abd
    tuh la pasal .. bab – bab ganti yang malas nie ..

    @aeropama
    dia sebenarnya x suka jadi pengajar .. tapi lepas dia keje KL dia terpaksa keje kat melaka sebab nak jaga mak dia . Dan jadi lecturer jerk la rezeki yang dia jumpa kat melaka . kalo ko keje kat melaka . ko akan tahu bahawa x banyak keje IT yang ada .

    @chuya
    dia sempoi giler !!! huhu

Leave a Reply to abdusfauzi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.