Saya benci dia

ye … saya benci dia ..

dahulunya .. saya hidup tanpanya ..

saya rasa gembira dengan kehadiran yang lain

tapi kini .. beberapa ketika dahulu aku diperkenalkan ..

walaupun tidak diminta .. dan tidak juga dipaksa ..

aku tersipu – sipu malu ..

dia memudahkan ku ..

dia menyenangkan ku ..

dia membuat diriku rasa .. yang aku boleh buat segalanya bersamanya ..

tapi .. akhirnya ..

aku benci dia ..

ya .. dia ..

dia yang suka melambatkan perhubungan ini ..

dia yang suka membuatkan otak ku penat memikirkan segala macam hal ..

heh .. aku benci dia ..

SAYA BENCI CAKEPHP ORM .. argghhhhhhhhhhh

p/s : dulu masa gune CodeIgniter tak pernah gune ORM .. gune Active Record je

p/s lagi : walaupun ORM mempercepatkan development .. akhirnya application akan jadi slow bile dah terlalu banyak sangat data dan table yang telah di joint

p/s : entry tekanan jiwa dan emo sempena mengupdate WordPress 2.9 ^_^

Cinta itu buta ?

Harini sangat penat kerana ayah mengajak saudara untuk makan – makan di rumah .. . menyambut kepulangan dua saudara yang pulang dari menunaikan haji.

Biasanya jika balik kampung di Ipoh , ayah yang selalu in charge membakar untuk membuat BBQ .. biasalah .. nama pon Abu Bakar :)

Tapi kali ini , aku ditugaskan untuk membuat BBQ .. SANGAT KALUT .. walaupun penat .. it’s a new experience for me yang jarang spend masa membuat kerja – kerja lelaki  .. macam tukar tayar .. tukar paip .. etc .

Seperti biasa .. setiap kali family gathering .. ibu saudara yang mengenali si dia bertanya ..

“apa jadi sekarang ni ? In a relationship ke out of relationship ?”

begitu juga dengan bapa saudara yang dahulu pernah terkantoi melihat gambar ku dengan dia dalam keadaan sangat dekat di handphone …

“apa jadi dengan girlfriend tuh dulu ? masih lagi ke ? ”

Sudah hampir 3 tahun lepas tapi mereka masih ingat yang aku pernah bercinta .. tapi .. diorang tidak tahu aku sudah lama give up dengan si dia .. dan juga status ku yang sudah lama basi ..

mungkin sebab kali terakhir mereka bertanyakan status ku adalah 3 tahun lepas .. dan mereka bertanya sekarang dengan andaian aku masih bersama dengan si dia lagi ..

aku hanya mampu berkata tidak dan senyum .. apa yang lepas biarlah lepas .. yang mendatang jangan biarkan terlepas ..

persoalan mereka menyebabkan aku mengingat kembali … tapi seperti tahun lepas semasa aku sudah recover sepenuhnya  .. langsung tak rasa apa – apa ..

Dan aku masih lagi bersyukur dan tersenyum dengan pilihan hidupku … UTeM ..

Aku hampir – hampir ke Universiti lain hanya semata – mata kerana cinta . sedangkan aku tahu aku tiada masa depan yang baik untuk kerjaya ku jika ke sana berbanding dengan pilihanku sendiri ..

Tapi .. apa pulak akan terjadi jika aku pergi mengikut dia ?

Kini .. aku masih mengejar cinta lain .. walaupun pahit .. akan ku teruskan .. selagi masih ada peluang .. dan cinta .. tapi . tak pula ku berani suarakan keadaan ku sekarang dengan ibu / bapa saudaraku .. biarlah …

p/s : si dia = ex gf ..

CakePHP 1.3 Alpha

Sebagai pengguna baru CakePHP , saya memaksa diri saya untuk bookmark beberapa site yang berkaitan dengan CakePHP supaya tidak terlepas berita – berita baru yang berkenaan dengan framework ini .. (menggunakan Google Reader)

Antara site tersebut adalah Debuggable , Planet CakePHP dan Pseudocoder. Walaupun CakePHP 1.3 masih diperingkat alpha ketika ini .. banyak feature yang dinanti – nantikan . Lihat senarai feature baru CakePHP 1.3

Untuk yang tidak sabar untuk mencuba , boleh melawati laman web ini  Updating to Cake 1.3 oleh Mark Story

Kalau nak jadi freelancer

Kalau nak jadi freelancer .. jangan jadi bodoh ikut cakap client sampai diri sendiri tergadai ..

pengajaran_jadi_freelancer

p/s: Baru selesai call client yang seorang lagi .. yang ni lagi best .. dah 8 bulan menghilangkan diri … dan masih berpura – pura bodoh tak nak keep in touch .. kalau dah tak nak bayar cakap je tak nak bayar ..

Exam sem 3 sudah habis

Dengan ini saya ingin maklumkan bahawa peperiksaan sem 3 sudah selesai semalam iaitu paper AOA (Analysis Of Algorithm).

Walaupun cuti sem sudah bermula , saya masih berada di bumi melaka kerana bekerja di AIST seperti biasa . Dari murai jaya .. saya berpindah ke pangsapuri ttu.

Mengenai announcement yang ingin saya katakan , saya akan buat pada entri yang akan datang .. namun .. mesej yang ingin disampaikan *spoiler alert* .. tiada lagi FTMK lightning talk .