Menjadi pelajar tahun 3 UTeM

Standard

Study

Minggu depan aku akan menjadi pelajar tahun 3 di UTeM . Akan tinggal lagi setahun (2 semester) belajar dan satu sem LI (latihan industri). Register subjek aku terpaksa buat lewat sebab ada kerja di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) selama seminggu.

2 bulan semasa cuti sem aku masih bekerja di AIST .. dan 2 kali menolong Zam mengajar CakePHP di JPN . Baguslah jabatan kerajaan dah mula pandang open source dan develop sendiri sistem dan meminta vendor monitor dan tolong jika stuck.

Blog

Kenapa dah lama x blog ?

Sebab busy  .. terima kasih kepada twitter sebab menghadkan character sebanyak 140 . Jadi aku aktif di twitter . Dulu aku suka mengeluh dan menulis status yang orang akan rasa menyampah bila baca .. akhir – akhir ni aku lebih suka tweet website yang aku rasa interesting . Hopefully apa yang aku share akan beri manfaat kepada orang lain.

Study

Result sem lepas agak teruk . First time merasa pointer bawah 3 . Sem akan datang subjek dah kurang satu dan semuanya berkaitan dengan IT ( TIADA LAGI SUBJEK MATH … YAHOO ~! ) jadi tiada alasan untuk tidak perform ( harap – haraplah ).

Oh .. kerja part time sambil study tiada kena mengena dengan result jatuh . Kalau tak kerja pon , aku dah budget result akan turun jugak sebab aku tak minat math dan takde pon rasa nak jatuh cinta dengan subjek math maka aku terima seadanya keputusan exam aku yang macam tuh .. regrets ? NOPE .. cuma ada subjek iaitu AI yang aku tak sangka dapat rendah . Subjek lain semua aku dah budget berapa akan dapat dan aku berpuas hati ^_^

VidMalaya

Apa jadi dengan personal project ?

herm .. janji hanya tinggal janji .. Aku gagal menyiapkan semasa cuti semester . aku bukan jenis orang yang multitasking . Kalau ada sape – sape nak tolong develop , boleh hubungi ASX / Syahir .. still aku akan tunaikan janji aku .. aku akan buat bila dah lapang sikit ..

Kesihatan

Makin kurang bermain badminton .. jogging hanya sekali dalam masa dua bulan .. otak makin slow secara tiba tiba . Skill programming makin turun .. Nak siapkan sesuatu kerja ambil masa yang lama sampai dah kena sound . Mungkin dah kena tarik rezeki kot . Memori dah makin teruk . Cepat menjadi pelupa . Dan makin BLUR.

Kewangan

Masih tak reti reti nak menyimpan . Kang dah jatuh sakit baru la reti nak menyimpan . Handphone dah makin hancur . Jatuh dari motor masa tengah bawak dengan kelajuan > 130 KM/H. Habis pecah casing semua . Nasib baik boleh pakai . Sekarang tengah aim Samsung Galaxy S . Tak sampai sebulan keluar kat Malaysia , dah ada Samsung Galaxy S Epic .

Solution

  1. Kena selalu beriadah . Jogging . Jangan asyik dok depan pc . Makin lama duduk makin slow buat kerja .
  2. Jaga kesihatan . Tidur kena cukup .
  3. Jangan membazir duit . Rasanya kena guna balik Buxfer untuk manage kewangan .
  4. Jangan tangguh kerja . Kalau boleh buat sekarang .. buat sekarang ..

Sekian .. entry selepas 2 bulan senyap .

6 thoughts on “Menjadi pelajar tahun 3 UTeM

  1. finafedora

    jogging sekali je dlm masa 2 bulan? patut pon lemak membuak2. btw, cepat2 abis blaja. banyaklah masa nak berfoya2

  2. Good luck darl.. At least u have started to play badminton n jog coz i remember last year u said u never play any sports before. lol. ;p

  3. Salam,bro saya suka pasal lighting talk tue bro…saya budak baru first year 2010…harap2 adala aktiviti yang membangunkan student ftmk benar2 hebat dalam setiap bidang …..

Leave a Reply to ctmah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.