Mahu FTMK Lightning Talk ?

Standard

Sepatutnya sem ini saya tidak menjangkakan lightning talk akan berlaku .. kerana kekurangan orang yang ingin memberi “talk”.

Lightning talk seharusnya menjadi tempat pelajar ftmk utem mencurahkan segala idea / info yang mereka tahu kepada pelajar lain. Seperti “show and tell“.

You hate Internet Explorer ? You know how to hack png and reset css ? You know how to bypass torrent ? Any bengkel projects you want to show ? Or you want to do a survey and get a responds easily ? It could be anything ..

Tapi malangnya .. segala usaha saya sejak 2 sem lepas tak mencapai sasaran ..

Sebagai orang yang bertanggungjawab menjalankan sesi ini .. (dibantu oleh Abang Chang) .. apa yang saya dapati :

  • Student takut bercakap di khalayak ramai
  • Bahasa bukan satu barrier .. Tak semestinya anda mesti ‘speaking’ dalam bahasa Inggeris tapi anda boleh jadikan Lightning Talk sebagai satu platform anda untuk melatih english anda.
  • Tiada apa yang mereka ingin kongsi bersama .. “Kau buat kerja kau .. aku buat kerja aku” kinda attitude.
  • Mereka datang hanya kerana makanan yang disponsor oleh fakulti (ini saya tak kisah sangat pon) .. saya pon lapar juga 🙂
  • DIPAKSA OLEH PENSYARAH KERANA ADA PENSYARAH MEWAJIBKAN MEREKA DATANG.

Pasal benda ni .. ia terpulang pada pensyarah tersebut .. dan saya amat berterima kasih kepada En Sanusi kerana mewajibkan student beliau yang mengambil subjek AOA (analysis of algorithm) untuk menghadiri Lightning Talk .. jika tidak saya rasa pelajar yang datang hanyalah dalam 10 orang. Walaupun begitu , saya ada dengar student merungut kerana dipaksa datang ..

kesimpulannya .. mereka hanya melihat “dipaksa datang” , “dipaksa memberi talk” .. dipaksa .. dipaksa .. dipaksa ..

<rant>

Entri ini dibuat kerana ada lecturer yang GIVE A DAMN mengenai sesi ini dan menganggap ligthning talk amat penting untuk student ftmk utem itu sendiri .. walaubagaimanapun .. saya berkeras untuk tidak mahu menjadi person yang in charge kerana saya sudah give up dengan kebanyakan pelajar ftmk sendiri .. mereka tidak mahu menolong diri mereka dan masih lagi ingin disuap .

Buat Java Stream tak nak datang.

Buat Infosys Foundation Programme tak nak datang ..

3P anjuran prestariang pon tak nak datang ..

Fakulti banyak anjurkan pertandingan dan aktiviti dan kalau dikenakan bayaran pon ia pasti sangat berbaloi tapi akhirnya student sendiri tak mahu ambil peluang ..

Korang  jadi je la student yang datang kelas .. amek exam .. dapat diploma dan degree dan akhirnya bekerja yang tiada berkaitan dengan IT atau pergi ke temuduga dan akhirnya tidak dapat menjawab soalan oleh bakal majikan “apa beza post dan get method ” .. sheesssshhhhhhhhhh ….

</rant>

** Ligthning talk sem ini masih dalam perbincangan .. tunggu dan lihat !!!

** saya harap FICTS dapat ambil alih .. saya hanya mampu untuk berkongsi ilmu saya kepada pelajar lain .. bukan untuk mencari orang dan memaksa orang memberi talk ..

** hanya mampu berharap tidak ada unsur paksaan kali ini dan hanya ada pelajar suka rela yang tahu pengetahuan di dalam kelas tidak mencukupi untuk alam pekerjaan dan sanggup untuk belajar lebih lagi ..

– there is a way they teach you in books .. and there is a way they teach you in class .. but sometimes you need to do something  “the right way” that is not taught in books and classes .. and Lightning talk will teach you that !

6 thoughts on “Mahu FTMK Lightning Talk ?

  1. Hey hey don’t give up. The problem doesn’t necessarily resides between the students. Instead, think of a way on how to encourage them, make the talk more interesting, more appealing!

    I wish I could join you guys. There wasn’t such a thing back in my college. Well, all the best of luck my friend 🙂
    .-= MK´s last blog ..4 Laman Web Untuk Upload Gambar Ke Twitter =-.

Leave a Reply to MK Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.