Nak jadi seorang blogger ?

Standard

Blogger penipu ? Blogging digunakan utk politik ? 

Yeap .. aktiviti “blogging: nampaknya sudah mendapat tempat di malaysia .. 

Entri ini sebenarnya di ilhamkan dari entri cik chokilala tentang masalah yang di hadapinya dahulu .

(ini hanya pendapat saya yang sudah terlibat dengan blogging sejak tahun 2003)

Sebelum menjadi seorang blogger a.k.a blogger wannabes .. sila consider beberapa perkara .. 

Sila kenal dunia komputer dan internet

Nak jadi blogger sekurang – kurangnya kena ada basic penggunaan komputer. Macam mana nak guna internet dan sebagainya. Selain itu dunia internet adalah dunia tanpa sempadan dan SEMUA benda ada . Dari laman web yang menceritakan benda yang baik sehinggalah benda yang tidak elok . Takkan lah kita terpaksa BAN internet hanya disebabkan ada nya laman web “hate site” dan porno ? Jika anda kata ya , sila tutup semua library .. x semua buku adalah berilmiah .. Jadi , anda tentukan apa yang anda mahu dari dunia internet.

Hormat diri anda dan hormat orang lain

Jika anda blog sesuatu , fikirkan orang yang akan baca entri anda. Fikirkan perasaan mereka. Sila beri komen dengan bahasa yang baik dan elok. Jika anda pertama kali melawat sesuatu blog , x salahkan bagi salam dulu ker atau say hi kepada tuan empunya blog dengan memberi salam kanak – kanak riang di ruang chatbox mereka. Tuan blog pasti berasa gembira mendapat visitor yang baru.

Ada orang lain cabul anda ? Apa kata slow talk .. guna bahasa lemah lembut . x elok kan main tuduh sesuka hati.

Tidak semua percuma

Penggunaan internet  percuma. ( tapi anda masih perlu membayar bil streamyx anda .. hehe .. )

Firefox percuma.Tetapi hasil kerja orang lain seperti banner , graphic , quote atau apa sahaja yang dihasilkan oleh seseorang blogger mungkin tidak percuma untuk anda mengambil sesuka hati.

Jika anda suka sesuatu .. cube la mintak .. Kalo tuan empunya bagi .. amek jerk la .. biasanya kita akan membalas mereka dengan link kembali sumber dari mana kita dapat. Agak ramai yang tidak faham bahasa walaupun mereka sudah membaca perkataan “copyright” , “all rights reserved” dan any license macam “creative common license”. Sila tanya pakcik google tentang perkara itu.

jadi , jangan ambil sesuka hati …

Kebebasan bersuara

anda layak untuk suarakan pendapat anda .. tapi i prefer talking it at the right place with manners.

Anda tidak suka XXX ? nak complain pasal XXX ? kan bagus cakap jer kat XXX … 

(XXX mungkin manusia atau produk atau servis or anything )

ini termasuk kepada blogger yang sentiasa bersikap negatif terhadap sesuatu atau pelawat yang memberi komen yang sungguh sarcastic dan menggunakan bahasa kesat yang tidak basah .. 

Jika anda sudah kenal dunia komputer dan internet , hormat pada diri anda dan orang lain , tahu bahawa semua di internet bukan percuma dan tahu hak kebebasan bersuara , tahniah .. anda boleh menjadi seorang blogger yang berhemah tinggi dan menjadikan dunia internet tempat yang sgt COOL !

sila beli web hosting dan install wordpress sekarang juga atau mulakan blogging di beberapa tempat blogging yang percuma .

Sekian .. terima kasih ..   

One thought on “Nak jadi seorang blogger ?

  1. airis_aiman

    saudara, mengapakah agak sukar bg saya memulakan sesuatu blog?? huhu..nak jawab x?? spt anda, saya akan menjadi buta warna dan buta design bila memikirkan layout yg sesuai dgn personaliti saya ^^ makanya….saya memilih utk memblog atau lebih tepat lagi berchatting di ym sahaja..peace!

Leave a Reply to airis_aiman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.