Jalan – Jalan di KL + Makan di Kg baru

Standard

//Contoh entry blog pelajar universiti tahun 1 yang mengambil kursus Blog di UITM ( Assignment Pertama ).

Pada hari ahad malam (18 May) .. sahabat saya AMIR datang ke tmpt saya dgn tujuan ingin berjumpa HAFIQ yakni sahabat saya juga (Kami adalah kawan satu course dan kawan serumah ) . AMIR membawa motor LCnya yang berwarna SILVER + Coklat dari Melaka . Dia singgah sebentar di Putrajaya mengambil telefon bimbit kepunyaan kakaknye kerana handset dier terjatuh ketika membawa motor beberapa minggu lepas dan terpaksa membeli sim card celcom yang baru dan meminjam henfon kawan buat sementara waktu . Sengal kan ?

Saya sedang meng-YM-kan diri saya pada waktu petang itu dan saya ditegur oleyh HAFIQ utk roger si AMIR nie kerana beliau tidak tahu jalan di KL . Setelah menelefon nya , aku pon pergi ke tempat yang sepatutnye aku jumpe dia iaitu di Rest Area USJ . Sebelum itu sempat aku berjumpa dengan forumer MBC – Malaysian Bikers Community untuk membeli minyak hitam AGIP Full Syn dengan harga Rm38 sebotol untuk memberi motor LC ku minum kerana LC ku dh buhsan minum air sirap selalu …

Setelah succesfull COD (Cash On Delivery) dan transaksi membeli minyak hitam berjaya , aku teruskan perjalanan ku . Dari Klang , aku terpaksa melalui highway KESAS dan akan exit di Shah Alam dimana berdekatan dengan Kilang Proton Hicom itu . Kemudian , lagi beberapa KM dah nak smpai (aku membawa 120 – 130 KM sejam dengan panduan meter Yamaha LC yang penipu kerana tidak ingin membuat AMIR menunggu lebih lama ) aku mendapat panggilan dari AMIR .

“asan .. mane ada signboard exit USJ ? aku dh smpai penghujung highway dh nie .. dekat shell ”

Aku dh semakin pelik dan tidak keruan .. rupa2x nya . si sengal itu lalu highway lain plak .. kt Sg besi ler tuh .. Aku menelefon Hafiq dan meminta nasihat dan pandangan sebelum aku mengeluarkan kata – kata kesat yang persis dan jitu . Aku terpaksa balik ke rumah ku di Klang untuk mengambil sebijik helmet kerana HAFIQ (berada di Paya Jaras Sg Buloh ) tidak mempunyai helmet . Semasa aku smpai di rumah , Amir memberitahu yang dier berada di Batu Tiga dekat ngan Politeknik Shah Alam + Giant + Stadium . Pandai kau carik jalan ye ..

Aku kemudian datang dengan selaju mungkin dan berjumpa dengannya dan terus guide AMIR ke Paya Jaras . Kemudian kami bertiga pergi ke KL hanya untuk makan angin + melepaskan stress akibat praktikal dan bekerja menjadi kuli orang  +  MAKAN MALAM . Pada hari itu , aku langsung tidak meneguk sebarang cecair mahupon makan sebarang pepejal karena aku bangun pada pukul 5 ptg . Kau boleyh bayangkan betapa laparnya aku diwaktu itu .

Buat pertama kali aku lalu jalan motor selepas Mid Valley .. ironiknnya .. ada kereta polis di laluan motor .. pelik kan ? baru nk buat road block ler tuh .. mujur kami terlepas .. tapi x takut pon . Aku masih menjadi rakyat malaysia yang mengikut peraturan jalan raya dan tidak membuat sebarang ubah suai kepada jentera kudaku itu seperti memasang ekzos buloh , bunyi – bunyian ala tikus menjerit ketika memijak brek dan juga bodykit ala – ala transformer .

Waktu pukul 10 malam di KL .. masih sesak .. dengan manusia yang ramai berkerumun entah ke mana mereka pergi berjalan – jalan dengan bilangan kereta yang banyak dapat juga HAFIQ menguji skill menyelit menggunakan LC clucth tangan ku itu .

Setelah smpai ke Kg Baru , kami pon makan . Pergi ke KL semata – mata nak makan malam adalah satu perkara yang menyakitkan hati . Mujurlah HAFIQ dengan baik hati membelanja kami (aku dan AMIR ) yang kelaparan menikmati nasik + ikan pari . Sedap siot …

Ketika sedang menyuap nasik .. ada akak menjual VCD politik ..

” Haa .. ape tengok2x .. x minat ker ? ”

HAFIQ : ” Kami x bleyh tengok kak . Kami x cukup umor . Baru 20 tahun . nak mengundi pon xbleyh ”

dan ape2x aje yang mereka katakan ku tidak mengambil pedulik selepas itu kerana aku sedang enak membaham nasik + ikan pari + ulam + BUDUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU = Lazat x terkata .

Kemudian kami pon keluar berjalan – jalan dan singgah btol – btol di depan KLCC . AMIR dan HAFIQ sedap menghisap rokok maka aku plak melayan emosi melihat bangunan pencakar langit . Kami melepak + berborak sifar .

Nak dipendekkan cerita .. kami balik ke paya jaras . menghantar HAFIQ pulang dan kemudian aku guide AMIR utk balik ke Melaka . Aku di exit di USJ dan pulang ke rumah dengan kepenatan dan perutku tetibe plak lapar .. chett ..

Sekian .. entry paling sengal untuk minggu ini .

5 thoughts on “Jalan – Jalan di KL + Makan di Kg baru

  1. bila ko ambik kursus blog kat uitm??tak pernah dgr pun course tu…ayat skema gile…rasa macam kembali ke zaman sek rendah lak…dgn suar atas pusat…memang skema gila…ntah apa2…

Leave a Reply to fix Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.