Student UTeM Sesat

Standard

AYER KEROH, 19 Mac – Seorang pelajar
perempuan dari Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM) yang berasal
dari Kota Bharu telah dilaporkn
tersesat dalam kawasan Hospital Melaka
hari ini. Mangsa telah dijumpai sesat
oleh seorang lelaki cina yang agak
hensem, sedang berkeliaran dihadapan
kompleks klinik pakar kira – kira jam
1.30 tengahari.

Menurut lelaki cina yang enggan
namanya dikenali memberitahu, mangsa
sebelum itu didakwa telah menerima
rawatan di sebuah klinik dalam kawasan
hospital tersebut. Mangsa dikatakan
tidak dapat mengingati jalan keluar ke
pintu utama kerana telah mengikut arah
yang salah selepas berenti makan di
cafeteria hospital tersebut.

Mangsa yang tidak mahu namanya
dikenali, didakwa dengan wajah sedih
dan frust telah menelefon seorang
kawan untuk meminta bantuan
menjejakinya. Apabila mangsa dijumpai,
satu masalah telah berlaku kerana
kawan tersebut juga didapati tidak
dapat mengingati jalan keluar ketempat
di mana dia telah parking keretanya
itu. Mangsa dan kawannya itu kemudian
telah menggelidah seluruh kawasan
klinik pakar termasuk unit kecemasan
dan agak malang kerana telah tersesat
hingga ke rumah mayat untuk mencari
jalan keluar ketempat di parking
keretanya. Kereta tersebut merupakan
sebuah kereta kancil dengan no
pendaftaran tidak dapat disiarkan atas
sebab – sebab keselamatan. Kereta
tersebut akhirnya dijumpai kira – kira
jam 2.30 petang yang diletakkan
dicelah – celah kereta yang lain di
medan letak kerata kawasan hospital
tersebut.

Mangsa kemudian telah di bawa pulang
ke kampus UTeM (Cubic) dalam kehujanan
dan dilaporkan mempunyai kelas
keusahawanan pada jam 4.30 petang.
Mangsa juga sebelum ini telah didakwa
atas sebab ponteng kelas database
design dan sistem pintar antara jam
9.00 hingga 12.50 tengahari pada hari
yang sama, akan dihadapkan kepada
en.amir dan cik zeratul pada minggu
hadapan.

Peristiwa ini di anggap kelakar dan
menakjubkan telah mendapat liputan
luas oleh seorang budak PRS yang
sedang mengadakan pameran di cafeteria
UTeM sempena hari Mercu Kokurikulum
2008 pada malamnya. Mangsa yang juga
merupakan seorang yang agak baik hati
dan terharu dengan liputan yang tidak
disangka – sangka ini telah
membelanjakan jagung manis dan wafer
kepada budak PRS tersebut. Malangnyer
mangsa hanya sempat mengucapkan terima
kasih kepada kawan yang telah
menghantarnya ke Cubic, telah berjanji
akan memberi ganjaran ais kerim di
koperasi UTeM tidak lama lagi kerana
telah menolongnyer.

Kes ini adalah yang pertama berlaku di
Ayer Keroh pada tahun ini. Ibu bapa
dan orang ramai diminta mengawasi
anak – anak mereka agar tidak
dibiarkan berkeliaran tanpa
pengawasan, dan diminta menemani anak
mereka ketika membuat pemeriksaan. Ini
kerana kes sesat dan hilang daya
ingatan kerap berlaku sejak akhir –
akhir ini akibat tekanan Projek
Sarjana Muda (PSM). Laporan polis
tidak dibuat kerana kes ini dianggap
selesai.

// kah kah kah ..itulah penangan PSM – Projek Sakit Mental

//diambil dari bulletin dari friendster yang dipublish oleyh Kak Aida

5 thoughts on “Student UTeM Sesat

  1. nuX :
    Citer btol bro .. bleyh giler wat final projek
    😛

    t0p0:
    aku dh kesian tengok senior2x amek PSM nie .. x nyenyak tido .. kalo nyenyak … either dh siap xpon bercadang nk dok kt UTeM lame sikit . hehe

  2. ajan86

    fuh..
    psm menyesakkan otak..
    nasib bek dah lepas..
    x sanggup nak menggandakan hayat psm di UTeM..
    tp kenanagn menyiapkan PSM la paling best dan nyata..
    @#$%^&*()_+

Leave a Reply to clumsworld Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.